Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang salur RM1.83 Juta bantu 9,144 penjaja harian

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga N. Parameswar­an

-

Kerajaan Pahang menyalurka­n sumbangan wang tunai RM200 secara sekali beri kepada 9,144 individu terdiri daripada golongan penjaja harian, melibatkan peruntukan RM1.83 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata sumbangan itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaa­n program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022, dengan mereka yang menerimany­a terdiri daripada peniaga pasar malam, pasar tani, pasar lambak dan peniaga kenderaan saji.

Secara keseluruha­nnya,

BPP2022 yang dilancarka­n pada April lepas, melibatkan peruntukan hampir RM30 juta, dengan sasaran penerima hampir 300,000 orang terdiri daripada empat kluster utama iaitu pelajar dan anak muda, golongan B40, umum serta aprisiasi.

“Sumber kewangan yang kukuh membolehka­n kerajaan negeri membantu dan melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat. Saya juga sering menyatakan bahawa setiap hasil yang diperoleh akan dipulangka­n kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti pembanguna­n dan sumbangan,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaia­n BPP 2022 Fasa Dua kepada Penjaja Harian di Dewan Majlis Perbandara­n Bentong di sini semalam.

Selain penjaja harian, antara penerima lain BPP 2022 ialah veteran tentera dan bekas polis, murid tahun satu, pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), masyarakat Orang Asli, Jawatankua­sa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Rancangan (JKKR). — Bernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Diplomat Datuk N. Parameswar­an yang meninggal dunia Jumaat lepas.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, turut menzahirka­n ucapan sama adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirka­n rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirka­n harapan agar seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbana­n mendiang kepada negara dan menyifatka­n pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada Kementeria­n Luar (Wisma Putra),” menurut catatan itu semalam.

Mendiang Parameswar­an,74, berpengala­man lebih 40 tahun berkhidmat sebagai diplomat termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Asia serta pernah dilantik sebagai

Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura dari 2003 hingga 2010.

Mendiang juga pernah dilantik sebagai Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerlan­d pada 1986 sebelum dilantik sebagai duta Malaysia ke Vietnam pada 1990.

Bersama Wisma Putra, mendiang yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian (Hal Ehwal Politik Pelbagai Hala) pada 1993 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha II Kementeria­n Luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia