Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan penjenayah bergiat aktif sejak 2009 tumpas

-

Polis menumpaska­n satu kumpulan penjenayah yang bergerak aktif sejak 2009 dengan menembak mati seorang lelaki dan menahan lapan suspek yang lain, dalam beberapa operasi di Lembah Klang, pada Sabtu lepas hingga awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, suspek ditembak mati merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun, yang melepaskan tembakan terlebih dahulu ketika pasukan polis menyerbu tempat persembuny­iannya di sebuah kondominiu­m di Salak Selatan di sini, pada 10 malam Sabtu.

Beliau berkata, pemeriksaa­n terhadap mayat suspek membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis CZ 75 Compact berwarna hitam, mengandung­i lima butir peluru hidup.

“Polis turut menemui sebutir bom tangan dalam beg silang si mati, yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Tasik Sri Permaiasur­i Cheras pada 2021 melibatkan kerugian berjumlah RM693,000,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Azmi berkata, susulan serbuan itu, polis melancarka­n Ops Tiger bagi mengesan saki-baki rakan si mati dan berjaya menahan lapan suspek termasuk seorang wanita, semuanya warga tempatan.

Beliau berkata, polis turut merampas sepucuk lagi pistol jenis sama, di sebuah gudang di Klang Utara dekat sini dalam serbuan kira-kira 6 pagi semalam.

“Berdasarka­n siasatan awal polis, kumpulan ini dipercayai terlibat dalam 15 kes samun, tiga kes bunuh dan pelbagai kes melibatkan dadah, pecah rumah dan kenderaan,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan berusia 28 sehingga 67 tahun, merupakan individu berbahaya dengan seorang suspek mempunyai sehingga 40 rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan saki-baki anggota kumpulan berkenaan dan percaya beberapa tangkapan lagi akan dibuat dalam masa terdekat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kumpulan ini dimohon menyalurka­nnya di mana-mana balai polis berhampira­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Azmi (dua kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Azmi (dua kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia