Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita cedera diragut ketika turun kerja awal pagi

-

Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dipercayai menjadi mangsa ragut di Taman Sukma, Petra Jaya di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Mangsa kini difahamkan masih dirawat di HUS,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhuhung kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Difahamkan, mangsa semasa kejadian menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya apabila dihampiri suspek sekitar jam 6.15 pagi.

Mangsa dikatakan diragut sehingga menyebabka­n dia terbabas ke dalam parit dan mengalami kecederaan.

Suspek berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian dengan membawa bersama beberapa barang berharga milik mangsa.

Orang awam yang menyedari kejadian itu segera membantu mangsa yang kemudian dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan.

 ?? ?? TRAUMA: Mangsa semasa menunggu diselamatk­an di lokasi kejadian.
TRAUMA: Mangsa semasa menunggu diselamatk­an di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia