Utusan Borneo (Sarawak)

Mempermuda­h kedatangan profesiona­l

Ekspatriat atau profesiona­l datang ke Sarawak akan diberi permit kerja lima tahun terus: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ekspatriat atau profesiona­l yang datang ke Sarawak akan diberikan permit kerja selama lima tahun secara terus, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, buat masa ini golongan berkenaan perlu memperbaha­rui permit kerja mereka setahun sekali.

“Bagaimanap­un, ia kemungkina­n berkuat kuasa dalam dua atau tiga bulan selepas mesyuarat kabinet bulan depan.

“Ini kerana kita perlu melalui beberapa proses seperti bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen dan kita telah menyusun formula dan kategori, tetapi kita hanya mengehadka­nnya kepada profesiona­l dalam sektor strategik sahaja seperti jurutera atau saintis.

“Kita akan beri mereka lima tahun terus, dengan itu tidak perlu mereka memperbaha­rui setiap tahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) Ke-5 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Beliau berkata, sektor strategik berkanan tidak hanya berkaitan minyak dan gas, tetapi profesiona­l dalam sektor lain di negeri ini.

Sebelum itu dalam ucapan penutupann­ya, Abang Johari berkata, masa depan Sarawak sebahagian besarnya berdasarka­n maklumat digital dan Big Data yang memerlukan penyahkoda­n oleh orang ramai.

“Ini adalah langkah ke hadapan untuk Sarawak, tetapi kita kekurangan orang. Kita memerlukan orang yang mempunyai kepakaran. Syarikat yang datang ke sini juga memerlukan saintis.

“Kita perlu menyemak semula proses imigresen kita. Kita mahu memberikan visa bekerja terus selama lima tahun kepada orang yang datang ke sini untuk bekerja, terutama peringkat atasan dan saintis.

“Dengan itu, seluruh ekonomi akan meningkat dan limpahan faedah akan dinikmati oleh rakyat biasa,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kejayaan penganjura­n IDECS kali kelima dan menarik pelaburan asing ke negeri ini, Abang Johari berkata, beliau amat berpuas hati kerana memorandum persefaham­an (MoU) yang dimeterai semasa penganjura­n sebelum ini sedang dilaksanak­an.

“Lima tahun banyak kejayaan yang kita capai, antaranya CENTEXS dan Huawei yang berjalan baik (kerjasama), SMA (Lembaga Multimedia Sarawak) bersama rakan strategikn­ya dan ini semua yang telah menandatan­gi perjanjian semasa IDECS sebelum ini.

“Dalam masa lima tahun juga, menerusi dasar kita, kita telah menjana pendapatan negeri menerusi SST (Cukai Jualan Negeri) dan dengan SST sahaja, kita boleh mendapat pendapatan sebanyak RM8.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata, dengan bertambahn­ya pendapatan negeri ia akan dilabur balik kepada rakyat termasuk menerusi projek pembanguna­n.

Mengulas mengenai isu lain, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) enggan mengulas mengenai permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin untuk menyertai PBB.

“Itu perkara lain, tiada kaitan dengan IDECS,” ujarnya. Menurut laporan akhbar semalam, Willie memaklumka­n bahawa beliau telah memohon untuk menyertai PBB beberapa bulan lalu.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KAGUM: Abang Johari bersama tetamu jemputan lain menyaksika­n demonstras­i teknologi yang dipersemba­hkan sempena IDECS 2022 di BCCK, semalam.
— Gambar Chimon Upon KAGUM: Abang Johari bersama tetamu jemputan lain menyaksika­n demonstras­i teknologi yang dipersemba­hkan sempena IDECS 2022 di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia