Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes bunuh Eric Chang

-

Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes bunuh membabitka­n kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie yang dilaporkan hilang pada Mac lalu.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zubaidah Sharkawi setelah membenarka­n permohonan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin yang mewakili Timbalan Pendakwa Tan Chuan Yi.

Ia susulan laporan DNA dan laporan forensik belum tersedia.

Sementara menunggu tarikh tersebut, kedua-dua tertuduh, Wendy Chai Xue Zhen, 36, dan Ling Kok Liang, 51, diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Puncak Borneo.

Terdahulu pada 31 Mac, keduadua tertuduh iaitu pengasuh Eric dan suaminya didakwa di hadapan Majistret Zaiton Anuar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman mati.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan tersebut.

Berdasarka­n pertuduhan, keduadua tertuduh didakwa melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Eric.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka secara bersama antara 4 Mac sekitar jam 5 petang dan 7 Mac sekitar jam 9.15 pagi di sebuah rumah di Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa.

Dalam pada itu, Eric sebelum ini dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu semasa dijaga oleh pengasuhny­a di sebuah kawasan perumahan di Bintawa.

Operasi pencarian Eric di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini sejak 13 Mac dihentikan pada jam 6 petang, 19 Mac.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? ?? REMAN LANJUT: Kedua-dua tertuduh diperintah­kan untuk direman lanjut sementara menunggu sebutan semula kes pada 29 Julai.
KUCHING:
REMAN LANJUT: Kedua-dua tertuduh diperintah­kan untuk direman lanjut sementara menunggu sebutan semula kes pada 29 Julai. KUCHING:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia