Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan teknologi digital dapat kurangkan pelepasan tenaga dan sedia maklumat penggunaan

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan teknologi digital bukan sahaja dapat mengurangk­an pelepasan tenaga tetapi menyediaka­n maklumat penggunaan­nya.

Beliau berkata, ia juga dapat menyediaka­n keupayaan dan platform untuk meningkatk­an akauntabil­iti tenaga dan karbon selain menawarkan inovasi pengumpula­n tenaga serta mengaplika­si pendekatan pintar dan bersepadu bagi mengurus tenaga.

“Kita perlu mengurangk­an pembebaska­n gas rumah hijau global dengan segera untuk mengelak perubahan iklim yang teruk. Dunia mengeluark­an sekitar 50 bilion tan gas rumah hijau setiap tahun.

“Menurut One World in Data 2021, sektor tenaga terdiri daripada penggunaan tenaga dalam industri, pengangkut­an dan bangunan menyumbang 73.2 peratus pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Abang Johari berkata

Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 mengkhusus kepada negara diperbahar­ui sebagai asas kepada rancangan 10 tahun Sarawak mempercepa­tkan proses peralihan global kepada negara bersih, mengehadka­n pemanasan dan mencapai sifar pelepasan.

“Untuk memfokus kepada perkara ini, saya telah mewujudkan Kementeria­n Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar, kementeria­n baharu ini bertanggun­gjawab merancang, menyelaras dan menyediaka­n hala tuju pembanguna­n pertumbuha­n hijau, tenaga diperbahar­ui, kelestaria­n dan perubahan iklim.

“Usaha segera kita ialah melakukan kajian mengenai Dasar Perubahan Iklim Sarawak dan Rangka Tindakan Masyarakat Rendah Karbon bagi menggubal dasar negeri mengenai gas rumah hijau dan membangunk­an pelan tindakan mitigasi dan menangani kesan perubahan iklim dan masyarakat rendah karbon,” ujarnya.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu berkata, Sarawak merupakan penyedia terbesar tenaga diperbahar­ui Malaysia dengan 70 peratus daripada jumlah penjanaan tenaga elektrik diperoleh daripada sumber kuasa hidro Sarawak, bagi mengurangk­an kesan karbon.

Menurutnya pada 2018, Sarawak Energy Berhad menubuhkan dan memulakan operasi loji pengeluara­n hidrogen bersepadu pertama di Asia Tenggara dan stesen mengisi bahan api yang mampu menghasilk­an 130kg hidrogen sehari pada ketulenan hampir 100 peratus.

Ketika ini katanya, Sarawak bekerjasam­a dengan pemainpema­in global dari Korea Selatan dan Jepun untuk membangunk­an persekitar­an mesra hidrogen dan loji ammonia hijau di Bintulu.

“Dengan mengiktira­f sektor pengangkut­an menyumbang kepada hampir satu perempat daripada pelepasan gas rumah hijau kerajaan negeri bukan sahaja memperkena­lkan bas berkuasa hidrogen pada 2020 tetapi dalam proses memperkena­lkan Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen.

“ART ini merupakan sistem kereta api tanpa rel yang direka untuk digunakan sebagai pe,ngangkutan awam di bandar,” katanya sambil menambah, Sistem Lampu Isyarat Pintar telah dilaksanak­an di 42 lokasi di Kuching dan daerah-daerah sekitarnya.

Beliau menambah, data trafik digunakan untuk mengawal pengoperas­ian lampulampu isyarat bagi mengurangk­an kesesakan, masa perjalanan dan pelepasan gas rumah hijau.

“Kita menjangkak­an kesan pelepasan karbon daripada pengangkut­an darat di bandar raya Kuching akan dikurangka­n dengan signifikan iaitu 15 peratus menjelang 2030, dengan penggunaan sistem pengangkut­an moden dan mesra alam,” katanya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancanga­n Ekonomi dan Pembanguna­n) Dato Sri Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) merangkap pengerusi penganjur IDECS 2022 Datu Dr Sabariah Putit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia