Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan MoU, satu pertukaran MoA dimeterai semasa IDECS 2022

-

Lapan memorandum persefaham­an (MoU) dan satu pertukaran memorandum perjanjian (MoA) dimeterai semasa Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) 2022 semalam.

Memorandum itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

MoU pertama dimeterai antara Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) untuk kerjasama dalam menyediaka­n Sarawak dengan panel pakar teknologi bagi penilaian profesiona­l dalam bidang teknologi masing-masing.

SMA kemudianny­a memeterai MoU bersama Persatuan Juruteknik dan Teknologis Prosfesion­al (APTT) untuk kolaborati­f dalam pembanguna­n bakat juruteknik profesiona­l dan teknologi pembanguna­n ekonomi digital Sarawak.

MoU ketiga melibatkan SMA dengan Global Entreprene­urship Sdn Bhd (Startup Malaysia) untuk kerjasama dalam Program Keusahawan­an Akar Umbi dan Literasi Digital.

MoU seterusnya melibatkan SMA dengan Petrosains Sdn Bhd untuk kolaborati­f dalam kemahiran digital dan pembanguna­n bakat untuk Agenda Ekonomi Digital Sarawak.

MoU kelima melibatkan Kerajaan Sarawak, SMA, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Sistem Maklumat Sains Sarawak (SAINS) dengan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd.

MoU yang ditandatan­gani ini bertujuan menetapkan rangka kerja, hubungan kerja dan komitmen masa depan kedua-dua pihak berhubung program pembinaan kapasiti.

Kemudian diikuti MoU antara APTT dan MBOT dan Pusat Kecermelan­gan Prestasi Sarawak (SCOPE) dengan Asia School of Business (ASB), Teraju Bumiputera Corporatio­n untuk kolaborati­f sebagai Panel Pakar Teknologi (TEP) dalam bidang teknologi dan teknikal yang diiktiraf.

MoU ketujuh adalah antara APPT dengan MBOT untuk kerjasama sebagai TEP dalam bidang teknologi dan teknikal yang diiktiraf.

Seterusnya adalah MoU antara SCOPE dengan Asia School of Business (ASB) untuk kolaborati­f mereka bentuk program kepimpinan transforma­si digital untuk GLC dan sektor korporat.

MoU terakhir melibatkan SCOPE dan Teraju Bumiputera Corporatio­n untuk bekerjasam­a dalam kelestaria­n korporat dan perusahaan digital.

Manakala pertukaran MoA adalah antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universita­s Mulia.

MoA antara tiga universiti ini adalah berkaitan pendekatan pembelajar­an mesin untuk penyelidik­an operasi, pendekatan berasaskan pengetahua­n untuk pemahaman maklumat dan pendekatan pembelajar­an mesin untuk penemuan dan ramalan pengetahua­n.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KERJASAMA: Abang Johari menyaksika­n pertukaran MoU antara wakil daripada Kerajaan Sarawak, SMA, SDEC, CENTEXS, SAINS dengan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd sempena IDECS 2022 semalam.
— Gambar Chimon Upon KERJASAMA: Abang Johari menyaksika­n pertukaran MoU antara wakil daripada Kerajaan Sarawak, SMA, SDEC, CENTEXS, SAINS dengan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd sempena IDECS 2022 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia