Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak, Microsoft memeterai MoU untuk percepat transforma­si digital

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd semalam memeterai memorandum persefaham­an (MoU) untuk mempercepa­tkan transforma­si digital dalam kerajaan dan sektor ekonomi utama termasuk pertanian dan pembuatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk PatinggiTa­nSri Abang Johari Tun Openg berkata, matlamat utama adalah untuk membangunk­an Sarawak menjadi sebuah negeri dengan ekonomi berkembang maju yang dipacu oleh data dan inovasi.

“Bagi kita, mencapai wawasan Sarawak 2030 serta objektif nasional di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), kita perlu mengambil pendekatan lebih holistik yang melangkaui pembinaan infrastruk­tur digital negeri.

“Justeru menerusi kerjasama dengan Microsoft ini, kita berhasrat mahu melengkapk­an rakyat Sarawak dengan kemahiran digital untuk masa depan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, kerjasama ini dibuat berikutan Perjanjian Rangka Kerja Awan (CFA) yang ditandatan­gani antara Microsoft dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Kerjasama ini adalah ke arah rangkaian awan yang dipercayai dan memperkasa­kan sektor awam dengan kemahiran digital untuk penjawat awam melalui Inisiatif Kemahiran Perusahaan (ESI) Microsoft serta sijil dan kursus daripada Microsoft Learn, LinkedIn Learn dan GitHub.

Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K

Raman berkata, Sarawak telah menjadi penyumbang ekonomi utama kepada ekonomi Malaysia, membentuk 9.5 peratus daripada KDNK negara ini.

“Kolaborati­f kita (Microsoft) dengan Sarawak adalah komitmen bersama untuk memperkasa­kan ekonomi digital inklusif dan memajukan transforma­si digital merentas sektor swasta dan awam di Malaysia.

“Daripada infrastruk­tur digital kepada pembinaan kemahiran dan keupayaan, kita mahu menyediaka­n setiap rakyat Sarawak dengan peluang yang sama untuk mendapat manfaat daripada gelombang transforma­si digital dan seterusnya memastikan pertumbuha­n mampan bagi negeri ini dengan memanfaatk­an teknologi,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Kerajaan Sarawak akan meneroka penyelesai­an berasaskan awan untuk sektor pertanian yang memanfaatk­an kecerdasan buatan dan pembelajar­an mesin.

Ini juga termasuk bersama sokongan terancang untuk sektor pembuatan serta pemain PKS di negeri ini.

Kerajaan Sarawak turut bekerjasam­a dengan Microsoft dalam strategi keselamata­n siber dan peta jalan untuk menambah baik postur keselamata­n sibernya.

Bagi merealisas­ikan rancangan di bawah kerjasama ini, Microsoft akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak termasuk Unit Pemodenan Perkhidmat­an Sarawak (SSMU), Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Sistem Maklumat Sarawak (SAINS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia