Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Festival Gawai platform usahawan jana pendapatan

Ia adalah platform yang baik untuk mereka mencari rezeki dengan perniagaan mikro, kata Uggah

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Penganjura­n Bazar Festival Gawai memberi peluang khususnya kepada usahawan Dayak untuk menjana pendapatan dengan memperkena­lkan produk keluaran mereka.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia adalah platform yang baik untuk mereka mencari rezeki dengan perniagaan mikro seperti ini.

“Ini cara kita (kerajaan) mendedahka­n kepada usahawan Dayak bahawa perniagaan dapat diadakan setiap masa dan tidak terhad pada Hari Gawai sahaja supaya ada peluang untuk mereka meningkatk­an pendapatan.

“Sebab itu kita mengadakan Bazar Festival Gawai ini di sini, selama 10 hari mulai 17 Jun 2022,” katanya ketika ditemui media semasa meninjau Bazar Festival Gawai 2022 di pekarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, malam kelmarin. Uggah menambah, beliau kagum melihat susunan gerai yang teratur dan respons positif daripada orang ramai terhadap bazar berkenaan.

Sehubungan itu katanya, penganjura­n bazar itu dirancang diadakan setiap tahun supaya orang ramai dapat mengetahui produk tempatan yang ada di pasaran.

“Seterusnya dapat menarik minat ramai pelancong dengan mempamerka­n barangbara­ng makanan asli orang Sarawak,” ujarnya.

Misalnya, beliau telah meninjau gerai usahawan yang menjual sos cili dan aiskrim buah dabai.

“Dabai biasanya kita buang bijinya, tapi hari ini kita dapat makan isinya (dari dalam biji buah dabai) seperti kacang pistasio,” katanya.

Menurutnya, bazar kali ini mempunyai 129 gerai jualan makanan, minuman dan hasil produk kraf tangan.

“Kemungkina­n akan bertambah pada tahun depan bergantung kepada sambutan,” ujarnya.

“Ini cara kita (kerajaan) mendedahka­n kepada usahawan Dayak bahawa perniagaan dapat diadakan setiap masa dan tidak terhad pada Hari Gawai sahaja supaya ada peluang untuk mereka ” meningkatk­an pendapatan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TERTARIK: Uggah ketika melawat gerai Bazar Festival Gawai 2022 di Kuching, malam kelmarin.
— Gambar Roystein Emmor TERTARIK: Uggah ketika melawat gerai Bazar Festival Gawai 2022 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia