Utusan Borneo (Sarawak)

MOSTI adakan siri jelajah MYStartup Roadshow di Kuching, 23-24 Jun

-

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawahnya, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) akan mengadakan siri jelajah MYStartup Roadshow di Kuching pada 23 dan 24 Jun ini.

MOSTI dalam kenyataan semalam berkata, jelajah kali ini merupakan sebahagian daripada usaha memastikan komuniti start-up di Sabah dan Sarawak tidak terlepas daripada turut terlibat dan mendapat manfaat daripada acara-acara pemerkasaa­n start-up melalui Program MYStartup.

Siri jelajah ini katanya, jelajah akan turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dan pemainpema­in ekosistem start-up dari Lembah Klang.

“Kuching merupakan hentian pertama di luar Semenanjun­g Malaysia dan yang keempat dalam siri jelajah MYStartup.

“Seperti hentian-hentian sebelum ini, siri jelajah ini akan dijayakan dengan sokongan daripada rakan komuniti dan teknikal seperti TEGAS Digital Village, Sarawak Digital Economy Corporatio­n (SDEC), iCube Innovation, Sarawak Media Group (SMG) dan lain-lain,” katanya.

Menurut MOSTI, program MYStartup yang dilancarka­n Februari 2022 terdiri daripada beberapa program bertujuan memperkasa­kan ekosistem dan komuniti start-up di Malaysia melalui pengisian yang menumpukan kepada pembanguna­n serta perkembang­an start-up secara mampan serta pembanguna­n kapasiti dan modal insan.

“Kerjasama antara MOSTI, Cradle dan pemegang taruh Ekosistem Start-up Malaysia dalam siri jelajah ini menunjukka­n iltizam MOSTI dalam memanifest­asikan usaha dan komitmen kerajaan bagi memastikan Keluarga Malaysia mendapat manfaat daripada usaha pemerkasaa­n dan pembanguna­n start-up negara.

“Melalui usaha ini juga, impian menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama bagi para pengasas dan syarikat luar untuk bertapak serta memulakan operasi mereka di negara ini dapat direalisas­ikan sekali gus merancakka­n lagi ekonomi negara,” katanya.

MYStartup Roadshow kali ini bakal dihadiri barisan start-up yang bertapak di Sarawak dan kawasan berdekatan.

Program ini juga akan mengetenga­hkan pemegang taruh lain dalam ekosistem start-up Malaysia seperti Microsoft, Cyberview dan Beyond4 semasa program sesi ramah di hentian siri jelajah berkenaan.

Selain daripada hebahan mengenai program-program yang dilaksanak­an MOSTI, turut diadakan adalah sesi penerangan tentang Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up (SUPER), kaedah-kaedah penyertaan program bagi para start-up, kriteria-kriteria bagi memohon geran, pemadanan perniagaan dengan dana bersesuaia­n, sesi networking dan juga pelbagai bengkel.

Sehubungan itu, pihak Cradle berbesar hati menjemput para start-up yang berada di sekitar Sarawak dan Sabah untuk bersamasam­a turut serta dalam acara ini di TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Teck Park di sini, pada 23 dan 24 Jun ini.

Maklumat lanjut mengenai ekosistem start-up Malaysia, program-program yang bakal dianjurkan Cradle dan maklumat tentang hentian siri jelajah ‘MYStartup Roadshow’, start-up, pelabur, pemain industri dan pembina ekosistem, sila layari dan mendaftar di platform MYStartup di www. mystartup.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia