Utusan Borneo (Sarawak)

Program panduan mengait untuk pemula 2 Julai di Pustaka Sibu

-

Orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti program ‘Aktiviti Belia: Cara Mengait Untuk Pemula’ pada 2 Julai depan, jam 10.30 pagi di bilik serbaguna Pustaka Negeri Sarawak Sibu (Pustaka Sibu).

Mengait merupakan hobi menyeronok­kan yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Sehubungan itu, dalam panduan pemula ini aktiviti akan dikendalik­an Nina yang akan mengajar cara mengait mudah yang dipanggil ‘granny square’.

Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 15 peserta.

Bagi yang berminat, boleh mengimbask­odQRpadapo­ster atau klik pautan https://forms. gle/uLqQxojm8V­US86559.

Tarikh tutup pendaftara­n adalah pada 24 Jun ini.

Semua bahan aktiviti akan disediakan penganjur tetapi peserta juga digalakkan membawa bahan masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Mas Azreena Majenis atau Nurina Ismawi di talian 084-315 200 sambungan 223.

 ?? ?? MENARIK: Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster ‘Aktiviti Belia: Cara Mengait Untuk Pemula’.
MENARIK: Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster ‘Aktiviti Belia: Cara Mengait Untuk Pemula’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia