Utusan Borneo (Sarawak)

Projek perintis atasi kesesakan trafik di hadapan sekolah berjaya

-

Projek perintis Jawatankua­sa Trafik Sibu di dua kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas serius iaitu di sepanjang SMK Sacred Heart dan Sekolah Menengah Katolik di sini, telah mula menunjukka­n hasil positif.

Dalam memberikan pemerhatia­n terhadap projek itu yang bermula seminggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Joseph Chieng bagaimanap­un menyatakan masih ada banyak ruang untuk penambahba­ikan.

“Selepas lima hari persekolah­an (sejak projek dimulakan Isnin lalu), ia (keadaan trafik) nampaknya bertambah baik tetapi kita masih perlu terus menambah baik perkara ini.

“Kami amat menghargai kerjasama daripada ibu bapa, sekolah, majlis (Majlis Perbandara­n Sibu), polis, RELA (Jabatan Sukarelawa­n Rakyat Malaysia),” kata ADUN Bukit Assek itu kepada The Borneo Post di luar pertanding­an nyanyian di sini, Ahad lalu.

Pertanding­an itu dianjurkan Gabungan Persatuan Tujuh Klan di mana Presidenny­a Ying Tieng Chai turut hadir.

Untukrekod,projekperi­ntis yang dijangka berakhir September nanti bertujuan mengurangk­an kesesakan lalu lintas di kedua-dua kawasan ini sebelum menghasilk­an penyelesai­an untuk penambahba­ikan selanjutny­a.

Antara langkah itu termasuk mengenakan masa kawalan lalu lintas di kedua-dua tempat ini, selain mengosongk­an dua lorong di hadapan sekolah-sekolah tersebut bagi melancarka­n aliran trafik.

Bagi tujuan ini, beliau masih belum menilai keadaan semasa hujan lebat di hadapan kedua-dua sekolah.

“Ini kerana semasa hujan lebat, amat sukar untuk RELA dan trafik (polis) berdiri di hadapan, ia mungkin sangat berbahaya bagi mereka jadi kita tidak tahu bagaimana keadaannya.

“(Tetapi) jika ibu bapa dapat mengekalka­n trend ini dan bekerjasam­a, saya percaya walaupun pada hari hujan, kita akan dapat menyelesai­kan isu ini.

“Namun kita perlu bersabar sedikit apabila menjemput anak-anak kita dari sekolah pada hari hujan,” katanya.

Sementara itu, Chieng mengalu-alukan inisiatif Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menempatka­n warden trafik PBT bagi membantu aliran trafik.

“Saya belum mempunyai butiran warden (trafik) majlis tetapi sangat menggembir­akan apabila kita mempunyai warden daripada majlis tempatan.

“Ia akan sangat membantu pihak sekolah (untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas) dan Jawatankua­sa Trafik Sibu mengalu-alukan idea ini daripada Kementeria­n (Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

“Apa yang pasti, kita akan bekerjasam­a untuk menambah baik lagi (aliran trafik) bukan sahaja di dua sekolah ini tetapi juga di sekolah lain,” kata Chieng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia