Utusan Borneo (Sarawak)

MKT PBB Sayap Bumiputera ikrar bersuara demi rakyat utara negeri

-

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera yang dipilih bagi sesi 2022 hingga 2025 Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa berikrar untuk meneruskan agenda pembanguna­n dan perjuangan parti, sekali gus memastikan suara dan permasalah­an rakyat di utara negeri ini terus terbela.

Dengan nada bersemanga­t beliau berkata, antara isu yang diperjuang termasuk meneruskan perjuangan Presiden PBB yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memfokus pembanguna­n infrastruk­tur dan telekomuni­kasi serta menjadikan wilayah utara khususnya Lawas sebagai hab pendidikan dan dijadikan bahagian.

“Kita juga memberi fokus kepada belia dan mahu belia peka dan bersedia dengan keadaan semasa sebagai pelapis masa depan dan tidak sewenangny­a dimanipula­si dan dihasut pihak yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya kepada media di sini, semalam.

Awangku Jinal yang juga Timbalan Pengerusi Cawangan PBB Bukit Sari Lawas berkata lagi, pembanguna­n dan polisi berkaitan parti akan terus dibawa dan disuarakan ke peringkat pucuk pimpinan parti. Jelasnya, Limbang dan Lawas perlu ada wakil untuk mewakili suara mereka di peringkat tertinggi MKT dalam meneruskan serta membawa suara dan permasalah­an di peringkat akar umbi ke peringkat pucuk pimpinan untuk didengar, dibela dan dibantu.

“Peranan penting kita pastikan agenda parti dan hasrat kerajaan mencapai Sarawak Maju menjelang 2030 tercapai dan penglibata­n semua perlu untuk bersama berusaha mencapai hasrat tersebut di bawah presiden parti yang juga Premier Sarawak,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, masih banyak kerja, tugas dan amanah perlu digalas dalam memastikan kesejahter­aan rakyat terbela.

“Pada masa ini pelbagai projek sedang rancak dibangunka­n di wilayah utara sama ada di bawah agensi-agensi kerajaan, Lembaga Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) dan projek kerajaan negeri.

“Kita akan pastikan ia dapat dilaksanak­an mengikut tempoh masa ditetapkan,” ujar Awangku Jinal.

Dalam memastikan projek ini disiapkan, beliau berharap agar kontraktor yang berminat turut serta dalam tender kerajaan khasnya di Limbang dan Lawas agar lebih komited dan bertanggun­gjawab untuk menjadi kontraktor yang berjaya.

“Mereka harus dan mesti berbuat demikian bagi memastikan apa yang diharapkan kerajaan bagi memenuhi pembanguna­n dan keperluan serta impian rakyat akan tercapai dan dinikmati.

“Kita juga membantu memastikan segala projek yang dirancang dan dalam pelaksanaa­n berjalan dengan baik dan lancar,”jelasnya.

Beliau amat berterima kasih kepada Abang Johari, Timbalan Presiden Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Henry Sum Agung, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang atas kepercayaa­n yang diberikan kepadanya untuk terus menerajui kepimpinan MKT.

“Alhamdulil­lah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya diberi peluang sekali lagi untuk bersama dengan barisan MKT dalam parti keramat PBB Negeri Sarawak sesi 2022 hingga 2025.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan PBB dan semua perwakilan serta ahliahli PBB yang memberi kepercayaa­n dan sokongan kepada saya untuk menggalas tanggungja­wab ini,” katanya.

Katanya, pelbagai usul dicadangka­n oleh cawangan-cawangan kepada pucuk pimpinan bagi kepentinga­n rakyat di daerah Limbang dan Lawas melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota, DUN Batu Danau, DUN Ba’Kelalan dan DUN Bukit Sari pada perhimpuna­n kali ini.

Awangku Jinal yang memegang portfolio ahli MKT bagi penggal kedua berkata, beliau akan terus mengutarak­an dan meminta agar usulusul merangkumi politik, pembanguna­n, kesihatan, pendidikan, ekonomi, utiliti air, sistem komunikasi dan telekomuni­kasi, pentadbira­n serta pengurusan dan sempadan dan keselamata­n diberi perhatian sewajarnya.

 ?? ?? AWANGKU JINAL
AWANGKU JINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia