Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari terima kunjungan hormat MPKS

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) di Pejabat Premier Sarawak di sini, kelmarin.

Menurut satu kenyataan, antara lain kunjungan hormat berkenaan adalah bagi menjemput Premier Sarawak menghadiri Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-6 MPKS pada 11 November nanti.

“Selain itu, ia juga untuk mengemas kini pencapaian terkini MPKS dalam pelbagai aspek,” katanya.

MPKS juga berterima kasih atas keprihatin­an Premier Sarawak selaku wakil rakyat DUN Gedong yang juga di bawah seliaan MPKS kerana telah mempergiat­kan pembanguna­n di kawasan Kota Samarahan dan kebanyakan projek-projek kerajaan akan dilaksanak­an oleh MPKS.

Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebanyak 608 projek dibawahAge­nsiPembang­unan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dan MPKS berharap agar kerajaan menyediaka­n lebih ramai arkitek dan jurutera bagimenjay­akanprojek-projek di kawasan itu.

Antaranya ialah pembinaan Boulevard terbesar di Sarawak dengan kos RM25 juta yang telah diluluskan, hospital, Market Tambirat, Central Market, Autonomous Rapid Transit (ART), Pusat Kanser dan Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit.

Malah sebuah syarikat dikenali sebagai SMITH bakal beroperasi di Kota Samarahan yang akan mengusahak­an penghasila­n produk kesihatan untuk memperkasa bidang perubatan negeri ini.

Pengerusi MPKS Dato Peter Minos turut memaklumka­n Samarahan akan menganjurk­an ‘Food and Cultural Festival’ pada 12 November hingga 16 November 2022 berskala mega dengan peruntukan RM150,000 daripada Kementeria­n Kesenian dan Kebudayaan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan rombongan tetamu kehormat lain.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Abang Johari (tengah) semasa menerima kunjungan hormat daripada MPKS yang diketuai Pengerusi MPKS Dato Peter Minos (tiga kanan). Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri) dan Kaunselor Dr Florence (dua kanan).
KUNJUNGAN: Abang Johari (tengah) semasa menerima kunjungan hormat daripada MPKS yang diketuai Pengerusi MPKS Dato Peter Minos (tiga kanan). Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri) dan Kaunselor Dr Florence (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia