Utusan Borneo (Sarawak)

OSC MIDS sumbang kit ujian pengesanan dadah kepada AADK Bintulu

-

One Stop Committe (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) Daerah Tatau menyerahka­n sumbangan kit ujian pengesanan dadah bernilai RM15,000 kepada Agensi Antidadah Kebangsan (AADK) di sini, kelmarin.

Sumbangan itu disampaika­n Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan kepada Ketua Daerah AADK Bintulu Mohd Dzulfikhar Abdul Rahim mewakili agensi tersebut.

Simbolik penyerahan diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau.

Sumbangan kit pengesanan ujian dadah tersebut merupakan sumbangan OSC MIDS Tatau bagi kegunaan AADK menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap individu disyaki terlibat dalam penyalahgu­naan dadah di daerah Tatau.

Turut diadakan ujian saringan air kencing disertai Jabang serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau Dr Layang Ugek dan Pegawai Penerangan Daerah Tatau Donny

Minggu Ling.

Program itu selaras dengan Program Tempat Kerja Bebas Dadah turut disertai ketua masyarakat daerah Tatau yang merupakan ahli PEMADAM Daerah Tatau.

 ?? ?? BANTERAS DADAH: Jabang (dua kiri) menyampaik­an bantuan kit ujian pengesanan dadah kepada Dzulfikhar mewakili AADK Bintulu.
BANTERAS DADAH: Jabang (dua kiri) menyampaik­an bantuan kit ujian pengesanan dadah kepada Dzulfikhar mewakili AADK Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia