Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 25,000 ahli Koop Sahabat terima dividen 10% bagi 2021

-

Seramai 25,416 anggota Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) di Sarawak akan menerima dividen sebanyak 10 peratus bagi tahun 2021.

Ahli Lembaga Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Berhad yang juga Penolong Pengurus Wilayah AIM Sarawak Abdul Hafiz Soni berkata, ia berikutan pengumuman Pengerusi Koop Sahabat Mohd Najib Mohd Noor pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koop Sahabat Ke-9 baru-baru ini yang memaklumka­n pulangan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM5.8 juta kepada 243,163 anggotanya bagi tahun 2021 berbanding RM3.9 juta pada 2020.

“Setakat Mac 2022 Koop Sahabat di Sarawak mempunyai 25,416 anggota yang akan menerima dividen sebanyak 10 peratus bagi tahun 2021 ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, jumlah itu adalah kadar dividen tertinggi pernah dicatatkan Koop Sahabat sejak penubuhann­ya pada Ogos 2012.

Dalam pada itu, Abdul Hafiz memberitah­u, AIM Sarawak dan AIM Cawangan Serian dengan kerjasama Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad dan Koop Sahabat telah menyertai aktiviti dan pameran sempena Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Masyarakat Serian Ahad lalu.

Perasmian telah disempurna­kan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pada majlis itu, Awang Tengah turut berkunjung ke reruai AIM dan Sahabat Ar Rahnu (Koop Sahabat) bersama Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Program turut dihadiri Pengurus Kanan Wilayah AIM Sarawak Haryati Dahari.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Awang Tengah menerima cenderamat­a daripada Abdul Hafiz (kiri) sambil disaksi Riot dan tetamu kehormat lain.
TERIMA KASIH: Awang Tengah menerima cenderamat­a daripada Abdul Hafiz (kiri) sambil disaksi Riot dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia