Utusan Borneo (Sarawak)

Notis, kompaun kepada premis naik harga air mineral, tak letak tanda harga

-

Dua premis yang sengaja menaikkan harga air mineral di sekitar Miri diberikan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 (AKHAP 2011) oleh penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri.

Ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil berkata ia sebagai pengajaran kepada mana-mana kedai atau pasar raya yang sengaja mengambil kesempatan ketika krisis air yang berlaku di Miri.

“Dua lagi kompaun turut dikeluarka­n ke atas peniaga kerana tidak meletakkan tanda harga pada air mineral semasa berlaku krisis air di Miri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Joe mengakui memang terdapat aduan tentang kenaikan harga air mineral yang melampau dan membebanka­n pengguna ketika berlaku krisis air.

“Kami masih memantau harga air mineral di pasaran dan sekiranya orang awam mendapati harga yang dijual agak tinggi, maka mereka boleh kemukakan aduan kepada kita untuk tindakan,” tegasnya.

Mengulas mengenai bekalan telur di Miri pula, Joe berkata pembelian dalam jumlah yang banyak tanpa had menyebabka­n bekalan telur ayam di pasaran laris bak pisang goreng.

“Bekalan telur yang dihantar ke Miri adalah dua kali seminggu namun atas permintaan yang tinggi daripada pengguna dan industri makanan dan restoran, ia cepat habis,” jelasnya.

Bekalan telur ayam katanya, memang ada dan bukan berkuranga­n namun pembelian dalam jumlah banyak menyebabka­n stok telur ayam di pasar raya dan kedai cepat habis.

Justeru, katanya ada para peniaga telah mengehadka­n pembelian bagi memastikan stok bekalan telur sentiasa ada dan tidak berkuranga­n.

“Ada yang membeli sehingga empat ke lima set telur seorang dan keadaan ini menyebabka­n bekalan telur di Miri cepat habis,” jelasnya.

Pada masa sama beliau menasihati pengguna agar membeli telur ayam mencukupi untuk keperluan diri dan keluarga serta tidak membuat pembelian tanpa had memandangk­an telur dibeli dalam jumlah banyak apabila tidak diguna dalam jangka lama akan cepat rosak.

Katanya, KPDNHEP akan sentiasa memantau setiap hari bekalan barangan di bahagian ini terutama barang terkawal termasuk telur ayam supaya tidak timbul kekurangan bekalan telur.

 ?? ?? JOE AZMIL
JOE AZMIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia