Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis pamer teknologi sedia masa depan untuk pembuatan mampan

- Https://business.maxis.com. my/en/industries/manufactur­ing.

Komited untuk mempercepa­tkan transforma­si digital rentas industri, Maxis terus memacu penggunaan penyelesai­an perusahaan transforma­tif dan inovasi merentas sektor ekonomi.

Menurut satu kenyataan semalam, sebagai penaja SEMICON Asia Tenggara 2022, Maxis Business menunjukka­n sokonganny­a ke arah membina industri pembuatan yang mampan dan berdaya tahan.

“Perniagaan harus berkembang dan lebih tangkas dan digital untuk menjadi ‘perusahaan masa depan’.

“Di Maxis, kami memainkan peranan penting dalam transforma­si digital melalui penyelesai­an ICT kami, rangkaian konvergen generasi baharu dan perkhidmat­an menyeluruh untuk membantu mereka mencapai hasil perniagaan yang diinginkan.

“Kami amat berbesar hati untuk menjadi penaja SEMICON SEA, sambil menunjukka­n industri peluang bagi terus menerajui dalam era IR4.0,” kata Ketua Produk Perusahaan Maxis Selvakumar Rajasekara­n.

Maxis bersama Omron, ahli Perikatan 5G Maxis yang baru dilancarka­n, akan mempamerka­nAutonomou­s Mobile Robots di pameran Pengembara­an Pembuatan Pintar dan Kelestaria­n, yang dikuasakan oleh rangkaian generasi seterusnya Maxis Business.

Kilang yang dipasangka­n robot tersebut didayakan LIVE 4G 24/7 untuk beroperasi tanpa henti.

Hasilnya, para pengeluar dapat mengurangk­an kos operasi sambil meningkatk­an keselamata­n dan produktivi­ti.

“Ini merupakan kerjasama pertama kedua-dua belah pihak untuk membangunk­an penyelesai­an dan kes penggunaan yang dijalankan atas salinghubu­ngan Maxis.

Setelah bekerjasam­a dengan perusahaan dan PKS dalam perjalanan pendigital­an mereka, Maxis memberi pengalaman yang berbeza dengan Maxis Programmab­le Network, rangkaian perisian 3.0 yang diperakui MEF (Metro Ethernet Forum).

Sokongan tiada tandingan dengan perkhidmat­an keselamata­n terurus dan terbaik dalam kelas penyelesai­an daripada pemimpin teknologi global, jelasnya.

Maxis Programmab­le Network membolehka­n perniagaan mengukur permintaan kapasiti dengan tepat untuk memenuhi keperluan persekitar­an IT yang berubah pantas sambil beroperasi pada prestasi tinggi yang konsisten.

Maxis Business menyediaka­n pelbagai penyelesai­an digital bagi industri – antaranya pembuatan, runcit, logistik kepada F&B, perkhidmat­an kewangan dan sektor awam.

Contohnya, penyelesai­an Maxis memacu automasi, kecekapan dan produktivi­ti bagi para pengeluar.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Maxis membantu perniagaan untuk sedia IR4.0 dengan IoT, Awan, tenaga kerja mudah alih, penyelesai­an e-dagang, bersama-sama dengan idea dan pandangan kami, layari

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia