Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Miri dialualu menjayakan aktiviti menderma darah Sabtu ini

-

Warga Miri dialualuka­n menjayakan aktiviti menderma darah anjuran Kelab Rekreasi dan Sosial Kakitangan (KEREDAS) Sarawak Plantation Berhad (SPB) pada Sabtu ini.

Aktiviti yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri itu diadakan di Wisma SPB bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Selain membantu menambah bekalan darah diperlukan, usaha bertemakan ‘Give Blood, Save Lives’ itu merupakan aktiviti KEREDAS SPB bagi meningkatk­an kesedaran kepentinga­n aktiviti menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Justeru, masyarakat setempat dipelawa tampil menyokong usaha murni itu di samping menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan di sini.

Penganjur mengingatk­an mereka yang ingin menderma darah agar mendapat tidur serta rehat mencukupi, berat badan 45kg dan ke atas, berumur 18 hingga 65 tahun manakala wanita mengandung adalah tidak dibenarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia