Utusan Borneo (Sarawak)

1,499 anjing berlesen di Sarawak dipasang cip mikro

-

Sebanyak 1,499 anjing berlesen telah dipasang dengan cip mikro di seluruh Sarawak setakat ini.

Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (DVSS) Dr Adrian Susin Ambud berkata, jumlah tersebut merangkumi 197 anjing berlesen yang dipasang dengan cip mikro di Sibu, Sarikei dan Miri.

Katanya, bagi vaksinasi terhadap rabies, sebanyak 5,996 ekor anjing telah divaksin pada tahun ini di seluruh Sarawak.

“Angka ini termasuk 536 ekor yang diberi vaksin pada Isnin,” kata Dr

Adrian.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar barubaru ini DVSS berkata, cip mikro anjing adalah prosedur yang mudah dan selamat serta tidak mendatangk­an kemudarata­n kepada anjing.

“Apabila anjing yang hilang ditemui, pihak berkuasa akan mengimbas cip mikro haiwan berkenaan bagi mengesan pemiliknya,” kata DVSS.

Jabatan itu berkata, pemasangan cip mikro juga menggalakk­an pemilikan haiwan peliharaan lebih bertanggun­gjawab.

DVSS juga menjelaska­n, cip mikro bukan unit GPS justeru tidak boleh digunakan untuk mengesan haiwan tersebut.

Ujarnya lagi, setiap anjing yabg hendak dipasang dengan cip mikro perlu mendapatka­n lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu.

“Lesen anjing adalah keperluan di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Perlesenan dan Kawalan Anjing) 2018 bahawa setiap orang yang memiliki anjing hendaklah mendaftar dan mendapatka­n lesen daripada PBT,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia