Utusan Borneo (Sarawak)

1,500 penduduk Nanga Baoh nikmati air bersih SAWAS

Mereka telah menikmati air daripada Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak yang siap pada 2020: Fatimah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

“Projek bekalan air ini bukan sahaja dinikmati penduduk di Nanga Baoh malah penduduk di kawasan Narub dan ” Klid. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

Sekitar 1,500 penduduk di kawasan pedalaman Nanga Baoh, Dalat telah menikmati kemudahan air di bawah Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

Menurut Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, mereka telah menikmati kemudahan itu yang siap pada 2020.

“Projek bekalan air ini bukan sahaja dinikmati penduduk di Nanga Baoh malah penduduk di kawasan Narub dan Klid,” katanya pada Majlis Ngiling Bidai Gawai 2022 di Rumah Bala Umba, Nanga Baoh, semalam.

Projek yang dilaksanak­an Kementeria­n Utiliti dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) itu telah membekalka­n air bersih ke Kampung Klid, Kampung Narub, Nanga Baoh, Rumah Balin, Rumah Duah, Rumah Tulu, Rumah Bala dan Rumah Changai.

Fatimah turut mengucapka­n terima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Open atas kelulusan projek berkenaan yang memberi manfaat kepada seluruh penduduk pedalaman di kawasan terbabit Abang J oh ari telah meluluskan projek bernilai RM11.8 juta itu ketika berkunjung ke Dalat sebelum ini.

Ketika itu penduduk mengalami masalah bekalan air terutama pada musim kemarau. Pada masa sama, Fatimah juga mengharapk­an pihak JBALB terus memantau projek itu terutama daripada aspek penyelaras­an bahan kimia.

Ini katanya, untuk memastikan sistem rawatan air SAWAS terus beroperasi dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan pemantauan tempat rawatan air itu yang turut diuruskan JBALB. Manakala katanya, dari segi operasi pula perkara berkenaan boleh diserahkan kepada tuai rumah atau juruteknik seperti di Klid.

Ujarnya, penyelengg­araan projek itu perlu dilakukan berterusan agar semua rumah panjang, sekolah dan klinik mendapat bekalan air terawat meskipun kontrak telah selesai.

Apa yang pasti tambahnya, keperluan kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik juga amat diperlukan penduduk di situ.

Majlis turut menyaksika­n Fatimah menyampaik­an cek peruntukan bagi menjalanka­n aktiviti Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Nanga Baoh dan Ulu Baoh kepada semua tuai rumah panjang.

Sebelum itu beliau turut berkesempa­tan merasmikan projek SAWAS berkenaan.

Turut hadir Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Penghulu Nanga Baoh Ambau Anchong, Jurutera Air Bahagian Mukah Abang Ismail dan Penolong Pengarah (Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan) JBALB Sarawak Awang Fardillah Awang Hussin.

 ?? ?? RASMI: Fatimah (tengah) ketika merasmikan Projek SAWAS di Nanga Baoh, Dalat, semalam.
RASMI: Fatimah (tengah) ketika merasmikan Projek SAWAS di Nanga Baoh, Dalat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia