Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Kelabit dari Bario masyhurkan Yii sebagai ‘Raja Ngatan’

-

ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii semalam dianugerah­kan gelaran ‘Raja Ngatan’ oleh pemimpin dan ketua masyarakat Kelabit dari Bario.

Gelaran ‘Raja Ngatan’ adalah nama yang dipilih untuk menghormat­i beliau yang telah memimpin MBM sebagai Datuk Bandar dan membawa kemasyhura­n dan perubahan kepada bandar raya Miri.

Demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala yang mengetuai rombongan tersebut.

Rombongan 26 ketua masyarakat yang terdiri daripada pemanca, penghulu dan ketua dari 26 kampung di Bario mengambil bahagian dalam lawatan sambil belajar ke bangunan MBM Dewan Bandaraya Miri di Marina ParkCity di sini, semalam.

Terdahulu, Yii yang menerima kunjungan daripada rombongan dari Bario itu berkata, salah satu agenda lawatan itu yang dimaklumka­n kepada beliau ialah perbincang­an mengenai potensi mempromosi­kan pelanconga­n di daerah Bario serta kajian mengenai pengurusan sisa di Mukim Bario.

“Kami berharap anda semua dapat memberi pandangan dan cadangan dengan fikiran terbuka kerana ia adalah penting bagi Majlis Bandaraya Miri untuk mengumpul maklumat yang berharga dan terkini bagi memprogram dan merancang perkara-perkara yang dinyatakan di atas di bawah pelan strategik semasa MBM.

“Selain itu, sukacita saya ambil perhatian bahawa lawatan sambil belajar ini juga merangkumi dialog, bengkel, lawatan dan sumbang saran mengenai pelbagai aspek masyarakat di daerah Miri dan Bario,” katanya.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohamad dan Pemangku Setiausaha MBM Abdul Rahman Taupek.

Lawatan sambil belajar selama lima hari bermula kelmarin hingga Jumaat dimulakan Pasukan Petugas Bario di bawah Pengerusi Bersama Kaunselor John Trawe dan Edwin Jelenggai dari Pejabat Daerah Kecil Bario dengan objektif memberi peluang kepada pemimpin masyarakat meluaskan pengetahua­n mereka.

Objektif kedua bertujuan memberi pendedahan yang lebih luas kepada adat dan budaya masyarakat lain di daerah Miri dan Marudi.

Ketiga ialah untuk melengkapk­an mereka dengan kemahiran yang lebih baik dalam menjalanka­n tugas dengan berkesan dan keempat menjadikan mereka lebih kreatif dan inovatif dalam mengendali­kan komuniti mereka.

 ?? ?? PENGHORMAT­AN: Yii (duduk) menerima anugerah gelaran ‘Raja Ngatan’ daripada pemimpin masyarakat Kelabit sambil disaksikan Gerawat (di sebelah Yii) dan yang lain.
PENGHORMAT­AN: Yii (duduk) menerima anugerah gelaran ‘Raja Ngatan’ daripada pemimpin masyarakat Kelabit sambil disaksikan Gerawat (di sebelah Yii) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia