Utusan Borneo (Sarawak)

Politeknik Mukah semarakkan kesenian, kebudayaan melalui Festival WPS 2022

-

Politeknik Mukah (PMU) telah mengadakan Festival Warisan Permata Seni (WPS) 2022 baru-baru ini bagi menyemarak­kan lagi bidang kesenian serta kebudayaan.

Menurut Pegawai Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Khawarizmi Rafie Tahir, tujuan festival diadakan adalah untuk menggalakk­an penglibata­n pelajar melalui aktiviti sihat di samping meningkatk­an keyakinan beraksi di khayalak ramai, mendedahka­n dengan budaya di Malaysia dan memberi impak yang positif dari segi mental dan fizikal.

Selaras dengan usaha ini, festival tersebut diharap bukan sahaja menjadi pentas untuk memberi kesedaran dan penghayata­n budaya dan seni di kalangan generasi muda, malah selaras dengan seruan kerajaan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Festival juga bertujuan melestarik­an penghayata­n budaya, seni dan warisan, membangunk­an fikiran kreatif dan terakhir sekali adalah untuk memupuk nilai budaya positif dalam kalangan pelajar.

Penyertaan­nya dibuka kepada setiap jabatan di PMU.

Johan keseluruha­n bagi pertanding­an semua kategori dimenangi Jabatan Perdaganga­n (JP) iaitu Kategori Tarian Etnik Kreatif dan Kategori ‘Battle of The Band’.

Anugerah Penari Lelaki Terbaik pula dimenangi Rivaldo Oshi Hendry daripada JP dan Anugerah Penari Perempuan Terbaik Maissy Jimmy juga mewakili JP.

Tetamu kehormat bagi majlis perasmian dan penutupan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine.

Turut hadir Pengarah PMU Dr Zamzam Mohd Walid, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Annuar Awang Mansor dan Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulu­m dan Kebudayaan Fairose Mohtar.

 ?? ?? KENANGAN: Para pemenang ketika sesi fotografi bersama setelah selesai majlis penyampaia­n hadiah pada penutupan Festival Warisan Permata Seni 2022 baru-baru ini.
KENANGAN: Para pemenang ketika sesi fotografi bersama setelah selesai majlis penyampaia­n hadiah pada penutupan Festival Warisan Permata Seni 2022 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia