Utusan Borneo (Sarawak)

DTTAS santuni penduduk rumah panjang musnah dalam kebakaran

-

Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) menyantuni penduduk Rumah Bukong Asal, Betong yang musnah dalam kebakaran pada 13 Jun lalu.

Rombongan diketuai Naib Presidenny­a Diana David Itang melawat tapak kejadian dan turut menyerahka­n 11 bakul makanan serta beberapa kotak pakaian terpakai kepada mangsa kebakaran rumah panjang 11 pintu itu.

Beliau turut meminta penduduk rumah panjang supaya bersabar menghadapi dugaan itu dan mengambil iktibar daripada insiden berlaku lebihlebih lagi ia turut mengorbank­an nyawa seorang kanakkanak berusia lima tahun.

“Bagi pihak DTTAS, saya ingin berpesan kepada penduduk rumah panjang agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berkaitan isu yang boleh mengakibat­kan kebakaran bagi mengelak kejadian serupa berulang,” katanya.

Sementara itu, Tuai Rumah Polly Sulau berkata kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata. Pada hari kejadian, penduduk kebanyakan sibuk di rumah panjang baharu kerana barang untuk pembinaan dihantar,” katanya.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Buat masa ini mereka menetap di tapak rumah panjang baharu yang masih dalam proses pembinaan.

Beliau turut berterima kasih kepada DTTAS kerana menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban penduduk rumah panjang terbabit.

 ?? ?? BANTUAN: Diana (enam kiri) menyampaik­an bantuan kepada wakil penduduk sambil disaksikan ahli-ahli DTTAS dan penduduk rumah panjang terbabit.
BANTUAN: Diana (enam kiri) menyampaik­an bantuan kepada wakil penduduk sambil disaksikan ahli-ahli DTTAS dan penduduk rumah panjang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia