Utusan Borneo (Sarawak)

PVATM Sabah rancang pelbagai aktiviti

Aktiviti dilaksanak­an sempena sambutan ulang tahun ke-100 ATM tahun ini

-

KOTA KINABALU: Pelbagai aktiviti dirancang Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sabah sempena sambutan ulang tahun ke-100 Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yang Dipertua, Marshid Mohd Salleh, berkata semua program tersebut akan diadakan di ibu negeri dengan penglibata­n Yayasan Nur Jauhar (YNJ), antaranya Kejohanan Golf dan Berbasikal Amal 100 Tahun PVATM dan Sepetang Bersama Veteran pada penghujung September ini.

“Setakat ini, kita mempunyai lebih 6,000 ahli di Sabah dan masih dalam proses menambah keahlian dari masa ke semasa.

“Terima kasih kepada TYT Yanf Dipertua Negeri yang telah membantu ahliahli PVATM di 12 cawangan menerusi YNJ,” katanya selepas kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, kelmarin.

Marshid berkata kunjungan hormat itu bertujuan memperkena­lkan Ahli Jawatankua­sa Eksekutif 20212024 PVATM Negeri Sabah, selain memaklumka­n perancanga­n aktiviti dan memohon restu YNJ dalam aktiviti amal PVTM kelak.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PVATM Negeri

Sabah Ruhimin Jaafar, Naib Yang Dipertua II, Ibnuhaili Penerangan, Albert Chang. YDP 1 Awil Kamsari, Naib @ Holly Jauhali dan Ketua — Penerangan

 ?? ?? ULANG TAHUN: Tun Juhar (lima kiri) memotong pulut kuning sempena Ulangtahun Ke-100 Veteran ATM.
ULANG TAHUN: Tun Juhar (lima kiri) memotong pulut kuning sempena Ulangtahun Ke-100 Veteran ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia