Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli SAPP diminta terus konsisten dalam perjuangan bela nasib rakyat

-

Sebanyak 158 cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) memulakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara berkelompo­k di tujuh zon Sabah sejak 11 Jun lalu.

Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul, berharap mesyuarat itu dimanfaatk­an ahli untuk memantapka­n perjuangan parti di persada politik negeri ini.

Katanya, sebagai anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS), SAPP kekal kukuh dan relevan kerana konsisten dalam perjuangan melindungi hak serta kepentinga­n rakyat Sabah.

Beliau berkata sejak penubuhan SAPP kira-kira 28 tahun lalu, parti itu telah membuktika­n kekuatan tersendiri berikutan masih mempunyai sokongan kuat di peringkat akar-umbi.

Dalam ucapan perasmiann­ya pada mesyuarat agung tahunan Zon Pedalaman baru-baru ini, beliau mengucapka­n terima kasih kepada ahli parti di Zon Pedalaman yang terus setia dan konsisten dalam perjuangan.

Katanya, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee yang juga merupakan ADUN Dilantik juga konsisten dalam perjuangan­nya membela nasib rakyat, termasuk isu berkaitan dokumentas­i untuk pendatang tanpa izin di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Wanita SAPP Irene Chang, selaku pengerusi jawatankua­sa penganjur menggesa semua ahli parti untuk meneruskan misi melalui GRS di mana SAPP sebagai anggota gabungan itu.

Hadir sama Setiausaha Agung merangkap Timbalan Presiden Datuk Richard Yong, Bendahari Agung merangkap Timbalan Presiden Japiril Suhaimin, dan Pengerusi Zon Pedalaman Joe Yong @ Johari Mohd Ali.

 ?? ?? PERJUANGAN: Sebahagian ahli Zon Pedalaman bergambar ketika mesyuarat agung tahunan baru-baru ini.
PERJUANGAN: Sebahagian ahli Zon Pedalaman bergambar ketika mesyuarat agung tahunan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia