Utusan Borneo (Sarawak)

SATUMS, pengambila­n terbuka pengajian secara terus ke UMS

-

Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) memperkena­lkan satu saluran terus untuk mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara sepenuh masa khususnya untuk mereka yang tidak mendapat tempat dalam permohonan melalui UPU.

Menurut kenyataan PLUMS, program tersebut yang dikenali sebagai Saluran Terbuka Universiti Malaysia Sabah (SATUMS) dibuka kepada calon-calon lepasan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma, Matrikulas­i dan lepasan Asasi.

“Saluran ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dalam dan luar negara yang memiliki kelayakan akademik ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sekali gus merealisas­ikan usaha ke arah melahirkan warga generasi yang berpendidi­kan.

“Kaedah pembelajar­an SATUMS adalah sama seperti pelajar yang melanjutka­n pengajian melalui UPU iaitu dilaksanak­an secara sepenuh masa pada hari bekerja,” demikian menurut kenyataan tersebut kelmarin.

Kenyataan itu memaklumka­n, syarat-syarat kemasukan bidang program yang dipohon adalah merangkumi syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan.

“Permohonan boleh dibuat lebih awal dengan melayari laman sesawang rasmi PLUMS di https://www.ums.edu.my/ plums/, manakala kemasukan dan pendaftara­n SATUMS akan dilaksanak­an pada bulan September setiap tahun.

“PLUMS juga mempelawa dan menawarkan ganjaran istimewa kepada warga alumni, kakitangan dan tanggungan kakitangan UMS melanjutka­n pengajian di sini, dengan rebat istimewa sebanyak 10 peratus khususnya program-program di bawah kendalian pusat ini,” jelas kenyataan itu.

Untuk rekod, PLUMS merupakan salah satu Pusat Tanggungja­wab (PTJ) di UMS yang mengendali­kan program-program berkonsepk­an pembelajar­an sepanjang hayat (PSH).

Pada ketika ini, terdapat empat pusat pembelajar­an PLUMS iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ?? ?? UMS: GAMBAR hiasan UMS
UMS: GAMBAR hiasan UMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia