Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Buluh Perindu Darau juara Betitik

-

Kumpulan Seni Budaya Kampung Darau Manggatal dinobatkan sebagai Juara Pertanding­an Betitik anjuran Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah (PRBSS) di Dewan Masyarakat Manggatal, baru-baru ini.

Kumpulan Seni Budaya KampungDar­aumengalah­kan empat kumpulan lain dan menerima wang tunai RM500, hamper dan akan mewakili Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu ke peringkat negeri pada Ogos depan, di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di Lok Batek, Tuaran.

Kumpulan Buluh Perindu Darau dianggotai oleh lima pemain, iaitu Samat Muti, Madun Pelasin, Kiran @ Nordin Jamil, Inap Orot dan Milah Siawang.

Mereka membawakan dua titikan iaitu Tidung dan Ayas-Ayas.

Naib Johan dimenangi Kumpulan Belia Kampung Likas yang dibarisi pemain Muhammad Anwar, Johari Jikeron, Wahid Pome, Ramzie Jilepon, Awang Sabri Haji Awang Ali dan Mazril Ismail.

Sementara tempat ketiga ialah Kumpulan Buluh Perindu Kampung Inanam Laut dan Kumpulan Famili Jema’a Kampung Unggun Jaya serta Kumpulan Sulaman Sentral masing-masing menerima saguhatii.

Pertanding­an itudirasmi­kan Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah (PRBSS), Datuk Abdul Kassim Razali.

Abdul Kassim dalam ucapannya mengajak ahli-ahli persatuan merebut peluang perniagaan disediakan Kerajaan terutama dalam bidang keusahawan­an di tempat masing-masing.

Katanya, masih banyak peluang perniagaan untuk diterokai bagi mereka mencari jalan dalam mengembang­kan perniagaan dalam membantu ekonomi mereka.

“Dalam membangunk­an ekonomi keluarga, setiap orang mesti mempunyai program pembanguna­n keusahawan mereka sendiri terutama para peniaga kecil-kecilan,” katanya.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah itu juga menasihatk­an agar para perniaga menjalanka­n perniagaan mereka secara jujur dan menjaga kebersihan.

“Semoga ahli-ahli PRBSS dapat menjadi peniaga yang berjaya dan dapat pula membantu ekonomi keluarga mereka,” katanya.

Lebih 200 penonton menyaksika­n pertanding­an itu, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Dr. Aliakbar Gulasan dan Ketua Daerah Kota Kinabalu, Datuk Saidon Kadis.

 ?? ?? BERGAYA: Kumpulan Buluh Perindu sedang memperliha­tkan persembaha­n mereka dalam pertanding­an itu.
BERGAYA: Kumpulan Buluh Perindu sedang memperliha­tkan persembaha­n mereka dalam pertanding­an itu.
 ?? ?? TAHNIAH: Ketua Kumpulan Seni Budaya Darau menerima hadiah daripada Abdul Kassim (lima kiri) dan disaksikan Aliakbar .
TAHNIAH: Ketua Kumpulan Seni Budaya Darau menerima hadiah daripada Abdul Kassim (lima kiri) dan disaksikan Aliakbar .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia