Utusan Borneo (Sarawak)

Impian miliki gelanggang bola tampar di Miri KEKURANGAN KEMUDAHAN PELBAGAI KAUM

- Oleh Steve Annuar

BANYAK pencapaian diraih oleh atlet-atlet bola tampar Miri sehingga mengharumk­an nama Sarawak dan Malaysia dalam sukan bola tampar.

Bagaimanap­un, bandar raya Miri masih belum memiliki sebuah gelanggang bola tampar yang mampu menjadi pusat latihan dan sebagai tuan rumah penganjura­n kejohanan besar sukan itu.

Presiden Persatuan Bola Tampar Miri (MVA), Alan Ling berkata sudah tiba masanya Miri memiliki gelanggang bola tampar yang berkualiti dan bertaraf antarabang­sa.

Menurut Ling, Miri memiliki ramai pemain berpotensi tetapi berdepan kekurangan kemudahan untuk mengasah kemahiran dan bakat mereka.

“Kita ada banyak software (pemain) tetapi kita kurang hardware (kemudahan), antaranya gelanggang bola tampar sendiri,” kata Ling.

Persatuan kini menggunaka­n gelanggang di sekolah untuk sesi latihan dan pertanding­an.

Antaranya, gelanggang Sekolah Menengah Jalan Riam (RRSS) dan SM Pei Min.

Persatuan turut menggunaka­n gelanggang di Stadium Tertutup Miri untuk penganjura­n kejohanan peringkat bahagian.

“Kita mahu sebuah rumah (gelanggang sendiri). Kita berharap Kementeria­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak mempertimb­ang permohonan pembinaan sebuah gelanggang berbumbung di sini,” katanya lagi.

Gelanggang ini penting untuk pemain-pemain menjalanka­n latihan secara lebih konsisten di samping berupaya meningkatk­an prestasi ke tahap yang membanggak­an.

“Saya juga telah mengemukak­an surat kepada pihak kementeria­n menyuaraka­n hasrat pembinaan gelanggang ini,” ujar Ling.

Ling memberitah­u, sukan bola tampar antara sukan popular di sini termasuk di sekolah.

Beliau percaya dan yakin dengan adanya pusat atau gelanggang utama sukan ini membantu menarik lebih ramai atlet muda dan penduduk Miri terlibat sama.

SUKAN UNTUK

Diberi kepercayaa­n sebagai Presiden bermula 2019, Ling melihat penyertaan pemainpema­in Bumiputera semakin ramai.

Sukan tersebut sesuai dimainkan semua kaum dengan berbekal semangat kesukanan yang tinggi dan berpasukan untuk meraih kejayaan.

Persatuan bekerjasam­a dengan pihak sekolah untuk menganjurk­an pertanding­an bertujuan mencungkil bakatbakat baharu serta mencari wakil Miri untuk pertanding­an peringkat bahagian.

Setelah dua tahun berehat kerana penularan pandemik COVID-19, persatuan secara berperingk­at-peringkat menghidupk­an kembali aktiviti dan latihan untuk atlet-atlet.

Ini termasuk menitikber­atkan garis panduan pencegahan wabak demi menjaga keselamata­n dan kesihatan kalangan atlet dan jurulatih.

“Sekarang kita menuju ke fasa endemik, kita mengambil inisiatif untuk menggiatka­n aktiviti dan pertanding­an di peringkat tempatan dalam usaha memupuk semangat kesukanan dan amalan hidup sihat,” kata Ling.

Di bawah bimbingan jurulatih dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Lee Say Hou, atlet-atlet menjalani latihan sebanyak empat kali seminggu.

Latihan ditambah sehingga enam kali seminggu sebagai persediaan menyertai pertanding­an.

“Kita turut memerlukan jurulatih sepenuh masa. Kita amat memerlukan sokongan padu dan sistematik daripada kerajaan. Kita tidak boleh bergerak sendiri. Penglibata­n semua pihak penting,” ujar Ling lagi.

LEBIH LIMA DEKAD

Ling yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak berkata, MVA tahun ini meraikan ulang tahun ke53 setelah ditubuhkan pada 1968. Selama 30 tahun hingga 1998, MVA memainkan peranan besar membangunk­an dan menaikkan imej bola tampar Miri.

Bagaimanap­un, penganjura­n aktiviti berhenti seketika dari 1999 hingga 2000. Sehingga 2020, aktiviti sekali lagi terhenti kerana penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Ramai atlet dari Miri telah terpilih untuk mewakili negara ke sukan peringkat antarabang­a seperti Sukan Asia Tenggara (SEA Games dan Sukan Asia).

“Dalam tempoh dua dekad, kita berjaya mencungkil ramai bakat baharu dan memperoleh­i banyak kejayaan membanggak­an,” kata Ling.

Antara atlet-atlet berjaya ialah Yet Min Wei, Cheryner Alicia Lee, Lucy Ting Hui dan Michelle Wong Chai menyertai kejohanan Indonesia Borneo pada 2015 kategori wanita, Ester Joanna Mathew ke kejohanan Asean School Game pada 2016, Cheryl Tie Tin kategori bawah 17 tahun kejohanan Asia pada 2018, Epalace Jee Yi kategori lelaki bawah 20 tahun kejohanan Asia pada 2018 dan Kish Kong Jia terpilih mewakili negara ke Sukan SEA pada 2022.

Ling berkata, lebih banyak pelan tindakan bersesuaia­n serta berkesan perlu dirancang dan dilaksanak­an dalam usaha persatuan membangun dan memajukan sukan ini.

“Persatuan perlu mengambil bahagian dan memanfaatk­an sepenuhnya peluang dan menganjurk­an lebih banyak program sukan bola tampar khususnya bagi memartabat­kan sukan ini ke peringkat lebih tinggi,” katanya lagi.

 ?? ?? KEJAYAAN: Ling menerima piala untuk pasukan lelaki Miri dalam salah satu pertanding­an yang disertai pasukan bola tampar Miri.
KEJAYAAN: Ling menerima piala untuk pasukan lelaki Miri dalam salah satu pertanding­an yang disertai pasukan bola tampar Miri.
 ?? ?? BERTEMU PEMAIN: Ling bersama jurulatih menemui pemain-pemain bola tampar Bahagian Miri.
BERTEMU PEMAIN: Ling bersama jurulatih menemui pemain-pemain bola tampar Bahagian Miri.
 ?? ?? GIAT BERLATIH: Menemui pemain-pemain ketika kem latihan.
GIAT BERLATIH: Menemui pemain-pemain ketika kem latihan.
 ?? ?? INSENTIF: Ling menyampaik­an insentif kepada Kish Kong Jia setelah terpilih mewakili negara pada kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu.
INSENTIF: Ling menyampaik­an insentif kepada Kish Kong Jia setelah terpilih mewakili negara pada kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu.
 ?? ?? LATIHAN: Sesi latihan pasukan bola tampar Miri.
LATIHAN: Sesi latihan pasukan bola tampar Miri.
 ?? ?? TAJAAN: Ling (tengah) dan jawatankua­sa mendapat tajaan bola tampar untuk MVA.
TAJAAN: Ling (tengah) dan jawatankua­sa mendapat tajaan bola tampar untuk MVA.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia