Utusan Borneo (Sarawak)

Saifuddin hadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel Ke-26 di Rwanda

-

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketuaketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan diadakan di Kigali, Rwanda dari 21 hingga 25 Jun.

Kementeria­n Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n tema CHOGM tahun ini adalah ‘Delivering A Common Future: Connecting, Innovating, Transformi­ng’.

“Tema ini dilihat relevan dengan keadaan semasa di mana komuniti global sedang berdepan dengan kesan pandemik COVID-19 yang telah mengakibat­kan jurang perbezaan ketara daripada segi pengagihan kekayaan, akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan pembanguna­n sosioekono­mi.

“Ketua-ketua Kerajaan Komanwel akan berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai cabaran semasa yang akan menjejaska­n keluarga Komanwel ke arah mencapai pembanguna­n mampan dan inklusif,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut memaklumka­n bahawa Ketua-Ketua Kerajaan juga akan membincang­kan perkembang­an politik dan ekonomi global semasa, serta isu berkaitan tadbir urus kerajaan dan kedaulatan undang-undang, pembanguna­n mampan, pemulihan pasca COVID-19, belia, serta teknologi dan inovasi.

Satu kenyataan CHOGM 2022 serta tiga dokumen hasil – Deklarasi Kigali mengenai Reformasi Penjagaan dan Perlindung­an Kanakkanak; Commonweal­th Living Lands Charter: A Commonweal­th Call to Action on Living Lands (CALL); dan Deklarasi Perbandara­n Lestari dijangka akan diperakui pada penghujung Sidang Kemuncak.

Saifuddin juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatann­ya di luar CHOGM ke-26 untuk membincang­kan isuisu kepentinga­n bersama.

Beliau juga akan bertemu dengan Keluarga Malaysia yang menetap di Rwanda, kata Wisma Putra.

Mesyuarat CHOGM ke-26 merupakan acara dwitahunan, yang sepatutnya diadakan pada 26 hingga 27 Jun 2020, tetapi telah ditunda sebanyak dua kali akibat penularan COVID-19. — Bernama

 ?? ?? SAIFUDDIN
SAIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia