Utusan Borneo (Sarawak)

MEASAT-3d: Rakyat berpeluang nikmati kemudahan Internet lebih baik

-

Satelit MEASAT-3d akan dapat merapatkan jurang ketersambu­ngan digital dan membentuk masa depan ketersambu­ngan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, Satelit MEASAT-3d akan mengembang­kan liputan Internet berkelajua­n tinggi di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sambungan supaya mencapai 100 peratus kesalinghu­bungan Internet, sekali gus membolehka­n rakyat menikmati kemudahan Internet dengan lebih baik.

“Dengan akses Internet yang stabil dan pantas, Keluarga Malaysia boleh memperoleh pelbagai manfaat sosioekono­mi seperti penyertaan dalam aktiviti e-Dagang dan pembelajar­an digital,” katanya dalam kenyataan semalam.

Malaysia melalui syarikat MEASAT bakal melancarka­n Satelit MEASAT-3d di French Guiana, Amerika Selatan pada jam 6.03 petang 22 Jun (pukul 5.03 pagi 23 Jun waktu di Malaysia).

Satelit MEASAT-3d merupakan satelit kelapan yang akan dilancarka­n bertujuan meningkatk­an perkhidmat­an perhubunga­n kepada Malaysia dan negara-negara serantau.

Annuar berkata, dengan pelancaran satelit itu Malaysia juga dapat memperkuku­hkan kehadirann­ya dalam era digital berteraska­n kepada teknologi talian tetap, mudah alih dan satelit tanpa meminggirk­an mana-mana kelompok rakyat di negara ini.

Beliau berkata, Malaysia beraspiras­i menjadi sebuah negara berteknolo­gi tinggi dan ini terbukti dengan pelancaran tujuh satelit sejak satelit pertama, MEASAT 1 dilancarka­n pada 1996 yang merangkumi satelit komunikasi yang menawarkan perkhidmat­an penyiaran dan telekomuni­kasi, satelit penderiaan jauh serta aplikasi satelit-satelit lain melibatkan sektor penyelidik­an dan pembanguna­n industri teknologi angkasa.

Katanya, dengan pelancaran MEASAT-3d, beberapa perkhidmat­an baharu melalui satelit berkenaan dijangka dapat ditawarkan seawal Ogos 2022. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia