Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Burkina Faso dakwa bunuh lebih 120 ‘pengganas’

-

Pasukan tentera Burkina Faso kelmarin mendakwa telah membunuh sekurangku­rangnya 128 “pengganas” dalam beberapa operasi pada bulan ini, selepas kerajaan baharu berjanji akan menangani keganasan yang meningkat di negara Afrika Barat itu.

Operasi pertama berlaku di wilayah barat laut Boucle du Mouhoun yang bersempada­n dengan Mali, menurut satu kenyataan dari ibu pejabat tentera.

“Aktiviti perisikan membolehka­n kami mengenal pasti lokasi pengganas dan melakukan serangan serius,” kata kenyataan itu.

“Sekurang-kurangnya 100 pengganas” terkorban dalam operasi tersebut. Dua anggota tentera terbunuh ketika operasi dan 18 lagi tercedera,” kata pihak tentera.

Operasi kedua, selepas serangan ke atas sebuah kawasan perlombong­an di Namisiguim­a di utara, menyebabka­n “lebih 20 pengganas” terbunuh.

Operasi ketiga, bertujuan untuk menghantar bantuan perubatan kepada orang awam berhampira­n sempadan Niger di timur laut, telah “dirancang sebagai sebahagian daripada G5 Sahel dan disedari oleh unitunit dari Burkina Faso dan Niger”.

Lapan “pengganas” telah terbunuh dalam operasi, menurut tentera Burkinabe.

Ditubuhkan pada 2014, G5 Sahel disertai oleh kira-kira 5,000 anggota tentera dari Mauritius, Chad, Nigeria, Burkina Faso dan Mali. Namun baru-baru ini tentera Mali telah menarik diri.

Operasi menentang kumpulan pelampau bersenjata – banyak yang dikaitkan dengan Al-Qaeda atau Daesh (IS) – telah meningkat sejak beberapa bulan, kata tentera Burkinabe, mencetuska­n serangan balas oleh kumpulan tersebut.

Kerajaan baharu diketuai oleh Leftenan Kolonel Paul-Henri Sandaogo Damiba – yang mengguling­kan presiden yang dilantik Roch Marc Christian Kabore pada Januari – berjanji akan mengembali­kan keselamata­n, mempersala­hkan Kabore tidak melakukan apa-apa.

Namun perbalahan berterusan, dan pada awal bulan ini, lebih 80 orang awam terkorban di wilayah utara Seytenga dalam serangan kedua paling berbahaya di negara ini.

Sejak 2015, keganasan telah menyebabka­n ribuan orang maut dan kira-kira dua juta hilang tempat tinggal di Burkina Faso. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia