Utusan Borneo (Sarawak)

Iran gantung ekstremis bunuh dua ulama Syiah

-

Iran kelmarin melaksanak­an hukuman gantung terhadap seorang ekstremis Sunnah yang telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh dua ulama Syiah serta mencederak­an seorang lagi pada awal April, menurut pihak kehakiman.

Seorang rakyat Uzbek yang berusia 21 tahun melakukan serangan menikam pada 5 April di makam Imam Reza yang dibina bagi menghormat­i salah seorang tokoh Syiah yang paling disegani.

Pembunuhan berlaku pada bulan Ramadan ketika sekumpulan besar penganut telah berkumpul di makam, di bandar kedua terbesar Mashhad di Iran.

“Hukuman mati terhadap Abdolatif Moradi telah dilakukan dengan hukuman gantung pada pagi tadi, dengan kehadiran sekumpulan rakyat dan pihak berkuasa di penjara Vakilabad di Mashhad,” kata ketua kehakiman wilayah Gholamali Sadeghi, dipetik oleh laman sesawamg kehakiman Mizan Online.

Penyerang “telah dituduh dengan moharebeh (perang menentang Tuhan), dalam bahasa Parsi yang menggunaka­n senjata untuk mengganas populasi di makam dan malah di luarnya,” tambah Sadeghi.

Penyerang telah menikam salah seorang mangsa sebanyak 20 kali, lapor agensi berita Tasnim sebelum itu.

Pada 7 Jun, pihak kehakiman mengumumka­n hukuman mati terhadap Moradi, sambil menambah bahawa peguamnya telah membuat rayuan kepada Mahkamah Agung.

Menurut media tempatan, Moradi telah memasuki Iran secara haram setahun sebelumnya dari Pakistan dan menetap di Mashhad, bandar suci utama di negara itu.

Para pemimpin Iran mempersala­hkan “elemen takfiri” bagi serangan tersebut. Perkataan takfiri di Iran dan di beberapa negara lain merujuk kepada kumpulan Sunnah.

Salah seorang ulama, Mohammad Aslani, meninggal dunia serta-merta sementara kematian yang kedua, Sadegh Darai, diumumkan dua hari kemudian.

Serangan muncul beberapa hari selepas dua ulama Sunnah ditembak mati di luar sebuah seminari di utara Iran di pekan Gonbad-e Kavus.

Tiga suspek dalam kes, juga Sunnah, telah ditangkap pada lewat April namun dikatakan “tidak mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas”, lapor media negara pada masa itu.

Penduduk Sunnah membentuk antara lima dan 10 peratus daripada seramai 83 juta penduduk di Iran yang majoritiny­a Syiah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia