Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya Denmark dakwa tiga rancang serangan pengganas

-

Pendakwa raya Denmark kelmarin mendakwa dua lelaki dan seorang wanita kerana memiliki senjata dan bahan kimia untuk bahan letupan dipercayai bertujuan bagi melakukan “serangan pengganas”.

Tiga suspek itu, dua lelaki berusia 34 dan 36 tahun serta seorang wanita berusia 31 tahun, ditahan di Holbaek di barat Copenhagen, menurut Perkhidmat­an Pendakwaan Denmark.

Tiga orang itu adalah antara 14 suspek yang ditangkap di Denmark dan Jerman dalam operasi pada Februari 2021 oleh pihak berkuasa Denmark dan Jerman, yang menurut mereka menggagalk­an satu serangan Islamis yang berpotensi.

“Tiga individu itu telah mendapatka­n beberapa senjata operasi dan peluru,” kata pendakwa raya Lise-Lotte Nilas dalam satu kenyataan.

“Sebagai tambahan, mereka mendapatka­n bahan kimia dan bahan lain yang membolehka­n mereka untuk menghasilk­an bom yang kami percayai akan digunakan dalam satu serangan pengganas,” tambahnya.

Menurut laporan media Denmark, dua lelaki itu adalah adik-beradik dari Syria, sementara wanita itu, yang berasal dari Iraq, telah berkahwin dengan salah seorang lelaki itu.

Pendakwa raya berkata mereka tidak pasti apa sasaran sebenar dan percaya bom itu untuk digunakan “di satu lokasi yang tidak diketahui sama ada di Denmark atau luar negara”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia