Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang budak lelaki maut, tiga cedera ditembak selepas konsert di Washington

-

WASHINGTON: Seorang budak lelaki berusia 15 tahun terbunuh dan tiga orang lagi, termasuk seorang anggota polis, tercedera dalam kejadian tembakan selepas konsert di Washington pada malam Ahad, kata ketua polis tempatan.

Tembakan itu telah didahului oleh dua insiden lain yang mencetuska­n panik ketika konsert “Moechella” yang tidak mendapat kebenaran sempena merayakan Juneteenth, dengan beberapa orang tercedera semasa melarikan diri, ketua polis DC Robert Contee memberitah­u wartawan.

Polis kemudian menutup konsert tepi jalan itu atas sebab keselamata­n namun tidak lama kemudian, meskipun dengan kehadiran ramai anggota polis, kejadian tembakan berlaku berhampira­n di mana budak lelaki itu terbunuh, kata Contee.

“Malangnya keadaan seperti ini boleh berlaku ketika anda mempunyai campuran orang yang salah, atau orang yang memperkena­lkan senjata api dalam satu situasi,” katanya.

Anggota polis dan dua orang yang tercedera sedang beransur pulih di hospital, tambahnya.

Tidak ada kejadian berbalas tembakan dan senjata yang digunakan tidak pernah ditemui, ujar Contee.

Ia masih belum jelas sekiranya remaja itu disasarkan namun sebelum insiden itu pihak polis telah merampas dua laras senjata api haram dan sedang memburu seorang lagi individu dengan senjata api haram, kata ketua polis.

“Terdapat satu tema yang anda dapat sini: senjata api haram di tangan ramai orang yang tidak seharusnya membuatkan mereka melakukan perkara seperti ini yang tidak selamat bagi mereka yang hanya ingin menikmati suasana cuaca yang cantik, ingin menikmati Hari Bapa, yang ingin menikmati suasana bandar kita. Ini sama sekali tidak boleh diterima,” tegasnya.

“Ketika anda mempunyai perjumpaan yang besar di sebuah kawasan padat, apa yang ia perlukan adalah seorang memperkena­lkan senjata kepada situasi yang membuatkan ia berdarah. Dalam kes ini, malangnya, seorang budak yang berusia 15 tahun telah kehilangan nyawanya,” tambah Contee.

Sejak awal tahun lebih 20,000 orang maut akibat keganasan senjata api di Amerika Syarikat, menurut sebuah NGO dikenali sebagai Arkib Keganasan Senjata. Ini termasuk kematian dengan cara membunuh diri sendiri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia