Utusan Borneo (Sarawak)

Samirah, dua remaja lelaki bebas tuduhan bunuh CEO Cradle Fund

Pihak pendakwaan gagal menimbulka­n kes prima facie di akhir kes

-

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaska­n Samirah Muzaffar dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulka­n kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Beliau berkata mahkamah mendapati bahawa keadaan tidak menunjukka­n pelakuan tertuduh dan dua kanak-kanak itu (kini berumur 19 dan 16 tahun) mendatangk­an kecederaan sehingga menyebabka­n kematian mangsa. Katanya, pihak pendakwaan juga gagal membuktika­n pada masa yang dikatakan dalam pertuduhan berlakunya pembunuhan.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh (Samirah) dan kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2. Oleh itu tertuduh, kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2 dilepas dan dibebaskan atas tuduhan membunuh,” katanya.

Samirah, serta dua kanakkanak lelaki yang ketika itu berusia 15 dan 11 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Pada 14 Feb lepas, pihak

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh (Samirah) dan kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2. Oleh itu tertuduh, kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2 dilepas dan dibebaskan ” atas tuduhan membunuh.

Datuk Ab Karim Ab Rahman Hakim

pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi.

Perbicaraa­n kes Samirah yang didakwa membunuh suaminya itu bermula pada 6 Sept 2019.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Zubairi manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat Hazlan, LS. Leonard, S. Suresh, Savreena Kaur dan Zahria Eleena Redza. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Samirah dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Abdul Karim melepas dan membebaska­nnya bersama dua remaja atas pertuduhan membunuh Nazrin.
— Gambar Bernama BEBAS: Samirah dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Abdul Karim melepas dan membebaska­nnya bersama dua remaja atas pertuduhan membunuh Nazrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia