Utusan Borneo (Sarawak)

Khairy tarik balik rayuan saman fitnah Anwar

-

Khairy Jamaluddin menarik balik rayuannya terhadap keputusan mahkamah bahawa beliau bertanggun­gjawab memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral yang dibuat 14 tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Datuk Nallini Pathmanath­an, kemudian membatalka­n dua permohonan kebenaran rayuan yang difailkan Khairy dengan kos RM5,000 bagi setiap rayuan.

Keputusan itu dibuat selepas peguam Sarah Abishegam yang mewakili Khairy memberitah­u mahkamah bahawa mereka telah menulis surat kepada pihak lawan untuk menarik balik permohonan kebenaran merayu pada April lepas.

Khairy memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau bertanggun­gjawab memfitnah Anwar dan keputusan mahkamah yang sama yang menolak rayuannya untuk meminda pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah oleh ketua pembangkan­g itu.

Terdahulu, Sarah menawarkan kos sebanyak RM1,000 untuk setiap rayuan atas alasan penarikan dibuat pada peringkat awal.

“Kami telah memfailkan usul itu pada 7 Mac dan perkara itu disenaraik­an untuk e-Review (di mahkamah) pada 6 April.

“Tarikh perbicaraa­n ditetapkan pada 11 Ogos untuk perkara ini. Kami sebenarnya menulis surat kepada pihak lawan untuk menarik balik rayuan pada April,” katanya kepada panel hakim itu yang termasuk Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar berkata RM5,000 bagi setiap rayuan di hadapan mahkamah tertinggi adalah munasabah.

“Usul (permohonan kebenaran merayu) yang disampaika­n kepada kami mengandung­i 10 jilid. Kami terpaksa menjawab perkara yang dibangkitk­an dan rakan saya yang hadir bersama saya, Cik Leela juga menyediaka­n draf penghujaha­n,” tambahnya.

Pada 7 Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy untuk mencabar saman fitnah Anwar selepas memutuskan bahawa tiada kesilapan boleh dirayu yang memerlukan campur tangan rayuan.

Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan yang dipertikai­kan oleh Khairy, dalam pilihan analogi dan kiasan dalam makna sejadi dan biasa, mampu memfitnah Anwar.

Selain itu, Mahkamah Rayuan juga mengesahka­n keputusanM­ahkamahTin­ggi dan memutuskan kuantum ganti rugi RM150,000 yang diberikan kepada Anwar, tidak berlebihan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar, yang merupakan presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, kerana didakwa mengeluark­an kata-kata fitnah mengenainy­a semasa ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb tahun yang sama yang membawa kepada penyiaran klip video di portal berita.

Pada September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarka­n saman Anwar terhadap Khairy dan mendapati Khairy bertanggun­gjawab atas fitnah dan oleh itu memerintah­kan Khairy membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.

Hakim juga menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaann­ya dengan mengatakan bahawa kenyataann­ya adalah komen yang wajar.

Khairy kemudianny­a memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tetapi pada Februari 2018, Mahkamah Rayuan telah membatalka­nnya selepas membenarka­n permohonan Anwar.

Pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutua­n membenarka­n rayuan Khairy agar merit kes itu didengar sepenuhnya di Mahkamah Rayuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia