Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh Cradle Fund: Tolak-menolak, kekecohan antara jurugambar dan peguam

-

Kekecohan dan pertengkar­an berlaku di pekarangan kompleks mahkamah di sini semalam melibatkan seorang peguam mewakili Samirah Muzaffar dan seorang jurugambar.

Samirah, 47, tertuduh dalam kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.05 pagi bersama barisan peguamnya.

Insiden itu berlaku di pekarangan lobi mahkamah dipercayai peguam yang hendak ke bilik bicara mahkamah dihalang jurugambar bertugas.

Pertengkar­an dan tolakmenol­ak kemudianny­a berlaku antara peguam S.Suresh dengan seorang jurugambar hingga menyebabka­n kecederaan ringan di kepala peguam itu.

Sebelum prosiding kes bermula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga mewakili Samirah memohon agar pihak pembelaan diberikan khidmat polis pengiring apabila keluar dari bilik mahkamah.

Abdul Karim bagaimanap­un berkata ia di luar bidang kuasanya.

Di luar mahkamah Suresh memberitah­u media bahawa: “Saya tidak okey (mengenai kecederaan dialami). Saya akan memikirkan mengenainy­a (untuk membuat laporan polis berkaitan insiden itu).”

Difahamkan jurugambar terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Muhammad Shafee pada sidang media berkata ketika kejadian, seorang jurugambar telah terhentak kameranya ke kepala Suresh hingga meninggalk­an kesan dan berdarah.

“Seorang jurugambar sama ada sengaja atau tidak sengaja telah terhentak ke kepala Suresh. Ada dua lubang yang amat jelas, tapi nasib baik dia okey. Oleh sebab itu, saya minta polis pengiring supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, Abdul Karim melepas dan membebaska­n Samirah dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Nazrin, empat tahun lepas.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulka­n kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketigatiga mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Muhammad Shafee menjawab pertanyaan media selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam melepas dan membebaska­n Samirah bersama dua remaja atas pertuduhan membunuh Nazrin.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Muhammad Shafee menjawab pertanyaan media selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam melepas dan membebaska­n Samirah bersama dua remaja atas pertuduhan membunuh Nazrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia