Utusan Borneo (Sarawak)

RM20,000 wang pesara lesap ditipu Macau Scam

-

Seorang pesara kerajaan di Teluk Intan mengalami kerugian apabila wang simpanan persaraann­ya sebanyak RM20,000 lesap akibat menjadi mangsa sindiket Macau Scam, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berusia 76 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dari Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

“Suspek mendakwa mangsa mempunyai bungkusan barangan penghantar­an ke Sabah dengan kandungan sekeping kad pengenalan milik mangsa dan lima keping kad ATM dari pelbagai bank namun pengadu telah menafikan.

“Seterusnya mangsa telah disambungk­an pula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah supaya membuat laporan polis dan kemudian disambungk­an kepada pihak mahkamah kononnya pengadu terlibat dengan jenayah penggubaha­n wang haram,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Adnan berkata mangsa sekali lagi dihubungi pada 16 Jun lepas oleh sindiket tersebut dan meminta mangsa melakukan pindahan wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek bagi memastikan wang yang dimiliki oleh mangsa adalah bersih daripada kesalahan jenayah penggubaha­n wang haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia