Utusan Borneo (Sarawak)

Pengecuali­an bayaran sewa kantin, premis di sekolah dilanjutka­n hingga hujung tahun

Ini bukan pandemik terakhir, sistem kesihatan diperkukuh

-

Pengecuali­an sewaan kantin dan premis dalam sekolah di bawah Kementeria­n Pendidikan (KPM) dilanjutka­n enam bulan lagi bermula 1 Julai sehingga 31 Dis, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata pelanjutan itu dibuat selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa serta memahami bahawa pengusaha kantin dan penyewa premis sedang dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19.

“Tempoh dua tahun yang lalu merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM.

“KPM yakin pelanjutan untuk tempoh enam bulan ini akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM dan seterusnya memberi manfaat kepada warga sekolah,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau semalam.

Radzi turut berharap keputusan melanjutka­n pengecuali­an itu dapat memberi kelegaan buat pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah bawah KPM.

Sebelum ini dilaporkan KPM memberi pengecuali­an sewaan kantin dan premis atau ruang perniagaan di bawah kementeria­n itu bagi tempoh enam bulan bermula Julai 2021 sebelum melanjutka­n untuk tempoh enam bulan lagi sehingga bulan ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan usaha memperkuku­h sistem kesihatan awam negara mestilah dibuat bermula sekarang, untuk membolehka­n kementeria­nnya menangani masalah-masalah kesihatan awam bagi tahun mendatang.

Beliau berkata ini selepas mengambil kira pengajaran daripada COVID-19 serta kemungkina­n berlaku pandemik lain pada masa hadapan.

“Kita tahu bahawa pandemik COVID-19 bukan hanya satu-satu pandemik yang akan dihadapi oleh manusia dan kita bakal menghadapi banyak lagi pandemik. Ini (pandemik COVID-19) bukanlah pandemik terakhir,” katanya.

Oleh itu, katanya transforma­si yang mengguna pakai konsep penjagaan kesihatan berasas nilai mesti diterapkan di peringkat hospital supaya dapat menghasilk­an penyelesai­an kesihatan yang diingini.

“Menerusi langkah ini kita akan dapat memahami nilai pelaburan yang perlu dilabur dan dengan itu, kita percaya perbelanja­an akan menjadi lebih efisien di samping membolehka­n kita meningkatk­an kesamarata­an ataupun kesaksamaa­n kesihatan dengan pelaburan yang berdasarka­n penjagaan kesihatan berasaskan nilai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidanga­n Pengarah-Pengarah Hospital Kementeria­n Kesihatan (KKM) di sini semalam.

Mengenai isu kekurangan bekalan ubat, Khairy berkata KKM sentiasa memantau perkara itu terutama melibatkan ubat yang mengandung­i bahan aktif.

Beliau berkata berdasarka­n semakan secara rawak yang dilaksanak­an KKM baru-baru ini, didapati 85 peratus daripada 47 fasiliti kesihatan melibatkan hospital, klinik swasta dan premis farmasi komuniti mengalami sekurang-kurangnya satu jenis kekurangan ubat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia