Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia fokus wujudkan bandar pintar: Dr Adham

-

Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarka­n trend peningkata­n jumlah penduduk di kawasan bandar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah mewujudkan bandar pintar adalah satu daripada pendekatan untuk menyelesai­kan isu-isu perbandara­n bagi meningkatk­an kualiti hidup, menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi, membangunk­an persekitar­an selamat serta menggalakk­an pengurusan bandar yang cekap melalui pengaplika­sian teknologi.

“Menurut laporan Dasar Perbandara­n Negara Kedua jumlah penduduk Malaysia yang tinggal di bandar dijangka meningkat daripada 20.29 juta pada 2010 kepada 27.30 juta menjelang 2025.

“Kini dianggarka­n lebih 70 peratus daripada penduduk negara tinggal di kawasan bandar,” katanya ketika berucap melancarka­n program rintis sandbox bandar pintar lestari antara National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dan Sunway Innovation Labs (iLabs) di sini semalam.

Beliau berkata kewujudan bandar pintar di negara ini membolehka­n penggunaan teknologi dibangunka­n oleh bakat tempatan melalui inisiatif Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) seperti NTIS untuk membantu pihak berkuasa menangani isu-isu perbandara­n dan meningkatk­an kualiti hidup.

Pada majlis semalam, MOSTI melalui agensi di bawahnya Malaysia Research Accelerato­r for Technology and Innovation (MRANTI) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Sunway Innovation Labs (iLabs) untuk sandbox bandar pintar menerusi Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS).

NTIS adalah platform untuk mempercepa­t usaha mengubah negara daripada menjadi pengguna teknologi kepada penghasil teknologi.

Melalui kerjasama ini inovasi yang dibangunka­n oleh syarikat pemula Sunway iLabs Super Accelerato­r boleh disalurkan kepada NTIS untuk diuji dalam persekitar­an bandar raya sebenar yang dibangunka­n Sunway, menerima fasilitasi kawal selia dan pembiayaan sebelum membawa penyelesai­an teknologi ini ke pasaran dan dilaksanak­an di seluruh negara.

Usaha ini dilihat mampu menjadikan bandar Sunway sebagai makmal alami, membawa masuk bakat muda, tenaga intelektua­l, kepakaran penyelidik­an, makmal inovasi dan aktiviti komersial untuk menjana penyelesai­an sebenar di kawasan bandar pada masa hadapan.

Dr Adham berkata antara manfaat program rintis sandbox bandar pintar lestari ialah mencapai sasaran komitmen Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon ke arah sifar emisi karbon pada 2050 dan memacu Malaysia ke arah negara lebih hijau selaras dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selain itu rangka tindakan perbandara­n Sunway boleh diadaptasi di seluruh negara bagi tujuan keselamata­n, keselesaan serta bagi meningkatk­an kesejahter­aan serta kualiti hidup penduduk dan pada masa sama memelihara alam sekitar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Dr Adham (kanan) melawat kebun sayur pada Majlis Pelancaran Program Rintis Sandbox Bandar Pintar Lestari di Sunway Futurex Duplex, Bandar Sunway, dekat Petaling Jaya semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Dr Adham (kanan) melawat kebun sayur pada Majlis Pelancaran Program Rintis Sandbox Bandar Pintar Lestari di Sunway Futurex Duplex, Bandar Sunway, dekat Petaling Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia