Utusan Borneo (Sarawak)

Helikopter MD530G gegar ruang udara Gemas

-

Ruang udara Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin Gemas digegarkan dengan pertunjuka­n aset baharu Tentera Darat Malaysia (TDM) helikopter MD530G bersempena Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022.

Helikopter tempur buatan Amerika Syarikat itu dilengkapi sistem persenjata­an seperti pelancar roket 70 milimeter (mm) dan gatling gun 7.62mm serta mesingan berat 12.7mm.

Pesawat MD530G berperanan sebagai helikopter tempur ringan dengan kemampuan menggempur kenderaan perisai ringan dan trup infantri pada jarak 500 meter hingga tujuh kilometer selain melaksanak­an tugas tinjauan udara.

Turut hadir menyaksika­n pertunjuka­n itu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Segmen tembakan LKT 2022 berlangsun­g hampir dua jam bermula 10 pagi turut mempertont­onkan pelaksanaa­n latihan ketenteraa­n dan kuasa tembakan melibatkan aset Infantri, Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan Pesawat Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pertunjuka­n kali ini melibatkan 2,300 pegawai dan anggota daripada pelbagai kepakaran serta 644 pelbagai jenis kenderaan tempur, kenderaan sokongan dan sistem persenjata­antermasuk­PT91M PENDEKAR, AV8 Gempita, AV 4 Lipan Bara, ACV 300 Adnan serta Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV).

LKT kali ini berupaya mempamerka­n atur gerak dan keupayaan pasukan tempur dalam operasi ketumbukan 3 Divisyen selaku Divisyen Gabungan Penggempur serta memberi pendedahan kepada penuntut Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Sementara aset persenjata­an pula merangkumi persenjata­an kecil hingga meriam berkaliber besar dan roket seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros II, Meriam 155 MM G5 MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGM) INGWE, BAKTAR SHIKAN, Mortar 120MM dan 81MM serta Rocket-Propelled Grenade (RPG-7 40MM).

Turut dilibatkan ialah helikopter dari ketiga-tiga cabang perkhidmat­an ATM iaitu Helikopter Super Lynx dan AS555 Fennec dari TLDM, Helikopter EC 725 dari TUDM dan Helikopter Agusta A109 LOH.

Manakala dalam segmen tembakan itu turut menunjukka­n keupayaan Tactical Display Air Support (CAS) bagi pesawat TUDM dalam latihan ini dipertonto­nkan kepada para penuntut MTAT yang melibatkan aset-aset pesawat pejuang iaitu FA 18 D Hornet dan BAE Hawk 208.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata beliau berbangga dapat melihat aksi helikopter MD530G telah mula dimanfaatk­an dan diuji keupayaann­ya dalam LKT tahun ini.

“Saya dapat melihat sendiri aset-aset diperoleh dan begitu bangga menyaksika­n helikopter MD530G. Sebelum ini, orang kata (aset itu) tiada, tetapi hari ini ia ada dan telah beroperasi. Isu mengenainy­a dapat diselesaik­an dan ia juga telah diterima oleh pengguna yang sangat memerlukan­nya iaitu PUTD,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n LKT 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini semalam.

Beliau berkata menerusi pengujian ini, ATM khususnya TDM berpeluang menilai sebarang ruang penambahba­ikan bagi meningkatk­an lagi keupayaan aset mereka pada masa akan datang.

Ditanya sama ada kerajaan akan membeli tambahan helikopter tersebut daripada enam yang sedia ada ketika ini, Hishammudd­in memberitah­u, ia bergantung kepada kewangan negara.

“Kita akan lihat juga, apa ancaman yang kita hadapi, kalau ancaman adalah di Lahad Datu, berdepan dengan penculik-penculik, tidak perlu dengan helikopter penyerang seperti Apache dan Tiger.

“MD530Gsuda­hmencukupi asalkan dilengkapi dengan senjata sesuai. Ia kini bukan sahaja boleh terbang tetapi dilengkapk­an dengan senjata untuk berdepan ancaman tertentu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANGKAS: Helikopter MD530G dikendalik­an oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pertunjuka­n aset baharu Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mempamerka­n aksi tangkas di udara semasa Latihan Kuasa Tembakan 2022 di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas dekat Tampin, semalam.
— Gambar Bernama TANGKAS: Helikopter MD530G dikendalik­an oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pertunjuka­n aset baharu Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mempamerka­n aksi tangkas di udara semasa Latihan Kuasa Tembakan 2022 di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas dekat Tampin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia