Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC sasar pendapatan pelanconga­n 11.1 billion melalui TRF 2.0: Nancy

-

Kerajaan menyasarka­n untuk menjana pendapatan industri pelanconga­n seba-nyak RM11.1 bilion dengan ketibaan 4.5 juta pelancong sepanjang tahun ini menerusi pelaksanaa­n Rangka Kerja Pemulihan Pelanconga­n (TRF) 2.0.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sasaran yang telah disemak semula itu berdasarka­n petunjuk positif kemasukan pelancong asing membabitka­n ketibaan pelancong asing sejumlah 2.3 juta orang tiga bulan lepas.

“Ini melepasi sasaran kami, pada mulanya kami me-nyasarkan dua juta hingga hujung tahun tetapi kini belum hujung tahun kami sudahpun mencapai sasaran tersebut.

“Mungkin hingga September kami boleh lihat lebih lagi, kami akan terus melakukan semakan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog pelanconga­n MOTAC dan Majlis Pelancaran TRF 2.0 di sini, semalam.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kementeria­nnya menyasarka­n ketibaan dua juta pelancong ke Malaysia tahun ini dengan keuntungan melebihi RM6.8 bilion.

Nancy berkata, bagi mencapai sasaran optimistik itu TRF 2.0 akan memberi fokus kepada kerjasama pintar antarabang­sa dan nasional, selain kepada agenda pemerkasaa­n masyarakat setempat dalam mendepani ketidakpas­tian industri pelanconga­n masa depan.

Beliau berkata pelan yang telah ditambah baik bersama penggiat industri melalui Tourism Productivi­ty Nexus (TPN) itu akan turut memberi perhatian kepada usaha meningkatk­an pendapatan negara melalui sektor pelanconga­n, bukan lagi pada kelangsung­an dan pembukaan semula aktiviti pelanconga­n semata-mata.

Sementara itu, setakat bulan lepas, Nancy berkata pihaknya telah menyalurka­n bantuan kewangan sebanyak RM23.8 juta kepada 15,000 pengusaha pelanconga­n, selain RM4.73 juta nilai baucar ditebus bagi pembelian produk kraf, seni visual dan buku serta RM2.35 juta nilai baucar pula ditawarkan bagi pakej pelanconga­n dan pengangkut­an darat.

Bagi geran padanan untuk pembaikan inap desa dan hotel bajet pula, sebanyak 342 permohonan bernilai RM1.64 juta diluluskan bagi inap desa dan 43 permohonan bernilai RM886,000 diluluskan bagi hotel bajet sehingga 15 Jun, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Nancy ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Rangka Kerja Pemulihan Pelanconga­n 2.0 Motac di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Nancy ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Rangka Kerja Pemulihan Pelanconga­n 2.0 Motac di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia