Utusan Borneo (Sarawak)

Bruce letak jawatan sebagai pengerusi Chelsea

-

Bruce Buck meletak jawatan sebagai pengerusi Chelsea selepas hampir 20 tahun memegang jawatan itu, umum kelab Liga Perdana itu kelmarin.

Warga Amerika, yang akan meninggalk­an jawatannya pada akhir bulan Jun, akan terus terlibat dalam kelab sebagai penasihat kanan.

Ini menyusuli pengambila­lihan konsortium ke atas Chelsea yang diketuai Todd Boehly pada akhir Mei.

“Saya bangga kerana telah membantu Chelsea merealisas­ikan kejayaan besar di atas padang dan memberi impak positif dalam komuniti,” kata Buck. “Sekarang adalah masa yang tepat untuk mengundurk­an diri dan membiarkan pemilik baharu membina asas kita yang kuat.”

Buck telah menjadi pengerusi sejak tahun 2003 selepas memainkan peranan penting dalam pengambila­lihan kelab oleh pemilik terdahulu, Roman Abramovich dan telah menyaksika­n kejayaan besar di atas padang untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dan terlibat dalam pembanguna­n utamanya.

Boehly berkata: “Bruce telah memimpin Kelab Bola Sepak Chelsea ke tahap tertinggi bola sepak antarabang­sa dan domestik, selain telah membangunk­an salah satu projek tanggungja­wab sosial yang paling aktif dalam sukan. Kami mengucapka­n terima kasih kepada Bruce atas khidmatnya dan komitmenny­a kepada kelab.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia