Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak pertaruh 10 petinju

Mereka bersaing bagi merebut gelaran ‘raja tinju’ kebangsaan di Kompleks Sukan MSN Kangar, Perlis

- Oleh Marlinda Mardzuki

Seramai 10 petinju muda Sarawak menyertai Kejohanan Golden Gloves 2022 diadakan di Kompleks Sukan MSN Kangar, Perlis dari 21 hingga 26 Jun ini.

Petinju terbabit terdiri Daeloniel McDelon Bong atau terkenal dengan jolokan ‘Kilat Boy’ bertarung dalam kategori 57kg.

Menyertai beliau enam lagi petinju diletakkan dalam kelompok elit dan SUKMA Sarawak.

Mereka ialah Muhammad Syawal Mohamad Isham (51kg), Mohammad Rafieq Murshidi (63.5kg), Mohd Helmi Chieng Firdaus (67kg),

Rais Arsyad Sulam (80kg), Darren Ch’ng (71kg) dan Hellary Hendry (92kg).

Selain itu, tiga petinju skuad remaja turut dipertaruh­kan iaitu Christian Tuah Sapok (54kg), Wan Dhia Danish Wan Muhammad Reza (57kg) dan Lam Wee Liang (60kg).

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo berkata pada kejohanan kali ini Sarawak mempertaru­h seramai 10 petinju skuad SUKMA bagi menggalas cabaran termasuk petinju harapan, Daeloniel yang memenangi kejuaraan di Pakistan barubaru ini.

“Kita tidak meletakkan

“Kita tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana fokus utama adalah memberi pendedahan kepada mereka sebagai persediaan menghadapi SUKMA ” di Kuala Lumpur, September ini.

Datuk Rahman Lariwoo Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA)

harapan terlalu tinggi kerana fokus utama adalah memberi pendedahan kepada mereka sebagai persediaan menghadapi SUKMA di Kuala Lumpur, September ini.

“Malah, dijangka ramai petinju dari negeri-negeri lain turut terlibat dan pastinya menjanjika­n cabaran sengit kepada petinju-petinju kita.

“Namun, jika petinju kita berjaya membawa pulang pingat, ia adalah satu bonus kepada pasukan Sarawak,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Rahman merakamkan penghargaa­n kepada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) atas sokongan sehingga membolehka­n SABA menghantar penyertaan pada kejohanan edisi ini.

Katanya, adalah satu kebanggaan kepada SABA dan Sarawak kerana dapat menghantar penyertaan pada kejohanan diiktiraf terbesar dalam negara.

Kontinjen tinju Sarawak diiringi Muhammad Helman Morni sebagai pengurus pasukan manakala Wilbur Buag Andigan dan Zurkarnain Jemat selaku jurulatih.

 ?? ?? SEDIA MENCABAR: Skuad tinju Sarawak bersama (dari kanan) Helman dan Wilbur di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) sebelum berlepas ke Perlis kelmarin.
SEDIA MENCABAR: Skuad tinju Sarawak bersama (dari kanan) Helman dan Wilbur di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) sebelum berlepas ke Perlis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia