Utusan Borneo (Sarawak)

Perlawanan bola sepak amal bantu kos rawatan Junaidi Tuah

-

Satu perlawanan bola sepak persahabat­an amal untuk mengisi Tabung Junaidi Tuah telah diadakan di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan, pada petang Ahad lalu.

Pada perlawanan itu, pasukan Bola Sepak Veteran Labuan (LAVESTAR) tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Labuan Port 5-1.

Mazlan Masrie menjaringk­an dua gol manakala satu gol masing-masing dijaringka­n Jeffrey Jinin, Dod Reid dan Ismail Din.

Gol tunggal Labuan Port dijaringka­n Mohammad Azarul Halidin.

Sempena perlawanan amal itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said menerima sumbangan daripada pemain kedua-dua pasukan untuk mengisi Tabung Junaidi Tuah yang juga bekas pemain bola sepak Sabah di era 80-an dan 90-an.

Sophian mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an pemain-pemain dan rakan-rakan membantu Junaidi Tuah.

Pengurus pasukan LAVESTAR, Dul Alias berharap sumbangan tersebut dapat meringanka­n beban Junaidi yang masih memerlukan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat bola sepak untuk menampung kos rawatan pemulihan termasuk perubatan alternatif.

Mereka yang mahu menghulurk­an sumbangan boleh mengunjung­i beliau di kediamanny­a di Kampung Bukit Kuda Wilayah Persekutua­n Labuan atau nombor akaun Maybank 1661253804­04 (Junaidi Tuah).

 ?? ?? BANTUAN: Sophian (kiri) menerima sumbangan daripada pemain LAVESTAR dan Labuan Port.
BANTUAN: Sophian (kiri) menerima sumbangan daripada pemain LAVESTAR dan Labuan Port.
 ?? ?? MANTAP: Dul Alias (berdiri tiga kiri) bersama Pasukan LAVESTAR.
MANTAP: Dul Alias (berdiri tiga kiri) bersama Pasukan LAVESTAR.
 ?? ?? BERSAING: Pasukan Labuan Port.
BERSAING: Pasukan Labuan Port.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia