Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak enam pasukan bersaing pada Kejohanan Bola Tampar

-

Persatuan Bola Tampar Amatur Limbang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa mengadakan Kejohanan Bola Tampar di sini hujung minggu lalu.

Kejohanan itu melibatkan kategori terbuka lelaki dan wanita serta lelaki 12 tahun dan ke bawah.

Pengerusi Persatuan Bola Tampar Amatur Limbang, Wong Ching Choong berkata kejohanan itu bagi menggalakk­an penyertaan orang ramai, ibu bapa dan menarik penyertaan anakanak mereka bermain bola tampar.

“Kejohanan ini juga bagi melatih pemain rendah dan menengah membuat persediaan untuk perlawanan peringkat negeri pada Julai ini dan menggalakk­an keharmonia­n kaum,” katanya kepada media di sini semalam.

Turut sama Naib Pengerusi Persatuan Bola Tampar Amatur Limbang, Choo Chuan Dai.

Sebanyak enam pasukan membabitka­n tiga pasukan masing-masing menyertai semua kategori dipertandi­ngkan.

Sementara itu, pasukan Unique muncul juara manakala U18 SMK Limbang mendapat tempat kedua dan IPD Limbang ketiga bagi kategori lelaki terbuka.

Manakala bagi kategori wanita terbuka dan lelaki 12 tahun dan ke bawah masing-masing dimenangi pasukan 12 tahun dan ke bawah lelaki SJKC Chung Hwa (juara), Penjara (kedua) dan Pedoman (ketiga).

Juara, naib juara dan ketiga menerima hadiah berupa pingat dan wang tunai.

 ?? ?? JUARA: Wong (berdiri empat) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Unique, disaksikan Choo (berdiri tiga kiri) pada penutupan kejohanan itu.
JUARA: Wong (berdiri empat) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Unique, disaksikan Choo (berdiri tiga kiri) pada penutupan kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia