Utusan Borneo (Sarawak)

Lori terbakar, pemandu dan kelindan selamat

-

MIRI: Seorang pemandu dan dua kelindan sempat menyelamat­kan diri apabila lori jenis 10 tayar yang dinaiki mereka terbakar, pagi semalam di Jalan Persisir Miri-Bintulu, kira-kira satu kilometer dari Simpang Sepupok.

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah dalam kenyataan medianya di sini memberitah­u, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.07 pagi dan tiba di tempat kejadian yang sejauh 13 kilometer dari balai (bomba) pada jam 9.21 pagi.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi didapati sebuah lori marak terbakar dan api dipercayai bermula dari tayar belakang sebelah kiri.

PKO memadam kebakaran tersebut menggunaka­n satu aliran salur bantu dari pam jentera dan satu pam angkut 200 kaki dua aliran menggunaka­n air kolam berdekatan sehingga api dapat dikawal jam 9.30 pagi.

Pasukan dan jentera bomba itu kembali semula ke balai jam 10.20 pagi selepas operasi ditamatkan jam 10.15 pagi.

 ?? ?? KECEMASAN: Anggota bomba berusaha memadamkan api yang marak membakar lori berkenaan.
KECEMASAN: Anggota bomba berusaha memadamkan api yang marak membakar lori berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia