Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh pos sempadan akan dimuktamad

KPN dapatkan pandangan Premier Sarawak mengenai lokasi pos di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak

-

KUCHING: Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamad­kan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Katanya pihaknya juga telah mendapatka­n pandangan dan persetujua­n bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai lokasi pos tersebut yang dicadang dibina di sepanjang sempadan Kalimantan­Sarawak.

Menurutnya, peruntukan untuk membina pos kawalan baharu itu juga telah diluluskan kerajaan dan ia harus dibelanjak­an pada tahun ini.

“Oleh sebab itu, kita berbincang dengan Abang Johari bagi memastikan lokasi pos ini betul-betul sesuai, strategik dan dapat memainkan fungsi dan peranannya dengan baik.

“Di samping itu, kita juga mahu pos tersebut menyediaka­n perkhidmat­an polis asas seperti tempat membuat laporan polis bagi penduduk di kawasan berdekatan pos tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan Kerajaan Sarawak bagi membina jalan rondaan sempadan untuk membolehka­n pihak berkuasa seperti PGA melakukan rondaan dan tinjauan.

Sementara itu, mengulas mengenai kekuatan anggota di Sarawak, beliau berkata satu batalion baharu PGA di Sri Aman akan dibuka bagi mengukuhka­n keanggotaa­n selain meningkatk­an kawalan di negeri ini.

“Usaha pembukaan batalion PGA di Sri Aman kini dalam peringkat akhir dan kita sedang mendapatka­n jawatan (isi jawatan) di sana. Apabila sudah beroperasi nanti, kita akan mampu mengukuhka­n lagi kawalan di Sarawak,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Abang Johari menerima kunjungan hormat Acryl Sani di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Abang Johari menerima kunjungan hormat Acryl Sani di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia