Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP tumpaskan aktiviti seleweng petrol, diesel bersubsidi

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaska­n aktiviti penyelewen­gan minyak petrol dan diesel bersubsidi serta mencatatka­n nilai rampasan kira-kira RM11,031.13 di Saratok, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDNHEP Cawangan Sri Aman Al Redzamani Abdul Razak berkata, kejayaan tersebut hasil pemantauan dan serbuan di tiga stesen minyak di daerah Saratok.

“Dalam operasi sekitar jam 6.40 pagi, KPDNHEP Sri Aman telah mengesan sebuah kenderaan jenis pikap dalam keadaan mencurigak­an dengan muatan beberapa tong dram di bahagian belakang.

“Pasukan terbabit telah memerhati dari jarak 50 meter dan mendapati pemandu kenderaan tersebut dalam proses mengepam minyak petrol ke dalam tong dram di bahagian belakang pikap yang disahkan bukan tangki asal kenderaan.

“Pasukan penguat kuasa ini telah memasuki stesen minyak tersebut lalu menahan serta memeriksa kenderaan terbabit dan mendapati dua tong dram berkapasit­i 200 liter dan lapan unit bekas minyak berkapasit­i 20 liter diletakkan di bahagian belakang kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Hasil pemeriksaa­n tersebut, pihak KPDNHEP mendapati dua tong dram biru sudah penuh berisi petrol manakala empat tong bekas minyak penuh berisi diesel dan empat tong masih kosong.

Pada masa yang sama kata Al Redzamani, tindakan turut diambil ke atas pihak stesen minyak terbabit kerana disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menjual bahan api petrol dan diesel kepada bukan tangki asal kenderaan.

Menurut Al Redzamani, pihak KPDNHEP turut menyita kenderaan terbabit berserta muatan minyak yang dirampas untuk dijadikan bahan kes.

“Kertas siasatan dibuka dan siasatan lanjut terhadap kes ini akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDNHEP juga ingin memberi amaran keras kepada mana-mana pengusaha stesen minyak atau mana-mana syarikat pemborong sekitar bahagian Sri Aman dan Betong termasuk daerah Saratok agar mematuhi perundanga­n,” ujar Al Redzamani.

 ?? ?? DISITA: Aktiviti penyelewen­gan petrol dan diesel yang berjaya ditumpaska­n di Saratok, awal pagi kelmarin.
DISITA: Aktiviti penyelewen­gan petrol dan diesel yang berjaya ditumpaska­n di Saratok, awal pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia